Kementerian Luar Filipina menuduh China menuntut kembali tanah di terumbu yang dipertikaikan di Laut China Selatan dan berkata ia kelihatan membina sebuah landasan kapal terbang.
Jurucakap Kementerian Luar Charles Jose berkata kepada agensi berita Reuters pada Rabu bahawa, China telah menggerakkan tanah dan bahan-bahan pembinaan ke Johnson Reef di Kepulauan Spratly sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Beliau juga berkata China menuntut kembali tanah dan melanggar Perisytiharan Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan, kod formal kelakuan bagi rantau ini.
Kementerian luar negara Filipina telahpun membuat bantahan terhadap Cina dan membincangkan isu ini secara tertutup pada sidang kemuncak ASEAN hujung minggu di Myanmar, kata Jose.
Seorang pegawai kanan kerajaan Filipina yang bercakap kepada agensi berita AP berkata, China mungkin membina kem tentera luar pesisir dan hab bekalan dan hab mengisi bahan api.
Kerajaan Filipina menganggarkan bahawa penambakan yang dibuat telah mengubah terumbu yang tenggelam menjadi daratan 30 hektar yang mengubah singkapan bawah air di pulau kecil itu.
Pertikaian wilayah terbaru antara jiran Asia yang telah menimbulkan ketegangan dalam kawasan yang dilaporkan mempunyai potensi kaya dengan minyak dan gas, serta terletak ditengah-tengah laluan laut paling sibuk di dunia.
Vietnam dan China telah secara berasingan terlibat dalam ‘tindakan berjaga-jaga’ dalam berbahaya di luar Pulau Paracels selepas Beijing meletakkan pelantar minyak mudah alih, dengan disokong oleh berpuluh-puluh kapal keselamatan.










