Oleh : Syed Solahuddin Syed Hassan (Dari Bumi Yaman)
SANA’A,YAMAN – Jurucakap Rasmi Majlis Eksekutif PERMAYA, Lokman Ibrahim mengucapkan selamat bermuktamar pada 1 Mei ini kepada semua pimpinan exco PERMAYA sesi 2013/2014 dan juga kepada semua ahli PERMAYA.
“Untuk muktamar pada tahun ini insyaallah Majlis Eksekutif telah menetapkan 3 syarat percalonan exco PERMAYA bagi sesi 2014/2015.Pertama, mestilah calon tersebut merupakan ahli berdaftar dengan permaya.
“Ini adalah syarat wajib.Kedua, calon itu mestilah pelajar tahun 2 dan keatas dan bukan pelajar tahun akhir. Yang ketiga,Mestilah aktif dan komitmen dengan Permaya,”ujarnya ketika ditemui oleh aktivis media, Syed Solahuddin Syed Hassan.


“Idea penubuhan PERMAYA telah dicetuskan oleh beberapa orang pelajar senior di Yaman setelah berlakunya pertambahan drastik bilangan pelajar. Maka secara rasmi PERMAYA ditubuhkan pada 31hb Disember 1997 bersamaan 1 Ramadhan 1418 Hijrah.
“matlamat penubuhan PERMAYA adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan pelajar Malaysia di bawah satu bumbung persatuan dan dalam masa yang sama bertindak sebagai badan kebajikan pelajar. Di samping itu juga, PERMAYA menjadi saluran dan suara rasmi pelajar Malaysia di Yaman yang mendalami ilmu-ilmu agama,”tambah Lokman
Oleh itu, selaku wakil Majlis Eksekutif Lokman mengharapkan supaya semua pelajar memilih calon-calon yang berwibawa dan layak untuk memegang tampuk kepimpinan PERMAYA pada tahun hadapan.
Katanya, ia adalah penting dalam meneruskan gerakan pelajar Malaysia di bumi Yaman dalam persediaan untuk menjadi dai’e (pendakwah) apabila pulang ke tanah air.
***[Syed Hussain Solahuddin, aktivis media dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), kini sedang menuntut di bumi Yaman. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel, syed_solah91@yahoo.com ]


























