PBB Gesa Tamatkan Kepungan Keatas Gaza

833

BANDARAYA GAZA – Seorang pegawai PBB menegaskan, mengekalkan kepungan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza selama hampir tujuh tahun sebagai ‘hukuman kolektif’.

Pierre KrahenbuhlPesuruhjaya Agung Bantuan dan Kerja Agensi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Pierre Krahenbuhl [Gambar kanan] berikrar untuk mempertahankan Gaza dan bekerja keras untuk menamatkan sekatan.

Semasa lawatan pertamanya ke Gaza, Krahenbuhl berkata bahawa semua kakitangan PBB dan laporan media tidak dapat meluahkan penderitaan sebenar pelarian Palestin di Semenanjung Gaza, menekankan bahawa penduduk Semenanjung Gaza itu sedang “dihukum secara kolektif”.

Beliau menggesa para pemimpin dunia untuk membantu rakyat Palestin, mendesak supaya Israel ditamatkan, yang telah dikenakan ke atas Gaza tidak lama selepas Gerakan Islam Hamas merampas kuasa wilayah kecil dengan kekerasan pada tahun 2007.

“Adalah jelas bahawa ini adalah satu bentuk hukuman yang sangat melampau dan hukuman kolektif haram yang akan juga di ketengahkan dalam semua kerja ‘advokasi’ yang UNRWA jalankan,” kata Krahenbuhl.