Bekas Menteri Pertahanan dan Ketua Angkatan Tentera Mesir Abdel Fattah al-Sisi dibayangkan akan menang pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 26 Mei depan, dengan mudah.
Ia adalah kerana, pemimpin kudeta yang telah menggulingkan presiden orang awam pertama Mesir Mohamad Morsi itu, telah mengambil langkah menekan penjawat awam dan menyiksa rakyat Mesir.
Al-Sisi bukan sahaja disokong oleh gerakan anti Ikhwan al-Muslimin antarabangsa seperti Arab Saudi dan Israel, bahkan beliau pasti disokong oleh kekuatan 7 juta orang pegawai kerajaan, tentera dan polis yang pastinya takut diambil tindakan olehnya.


Bagi memastikan nafsunya yang tinggi untuk menjadi Presiden, al-Sisi telah melantik, seorang yang berpangkat lebih rendah, untuk jawatan utama ketua kakitangan tentera.
Mahmoud Ibrahim Mahmoud Hegazy hanyalah berpangkat Leftenan Jeneral, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir pada 27 Mac 2014.
Sebagai komander tentera dengan kekuatan 450,000, Hegazy berada disisi al-Sisi, yang sebelumnya,al-Sisi juga yang telah ‘mengangkatnya’ sebagai ketua perisikan tentera.
Hubungan al-Sisis dan Hegazy diperkuat dengan rancangan al-Sisi mengahwinkan salah satu daripada anak lelakinya dengan anak perempuan Hegazy.
Sebagaimana aliran tunai berbilion dollar dilaporkan menjana tunjuk-tunjuk perasaan anti-Morsi dulu oleh kapitalis dunia, al-Sisi akan terus mendapat bantuan terutamanya dari Arab Saudi bagi tujuan kempen dirinya.
I

Walaupun mungkin terdapat pengundi yang protes terhadapnya termasuk memboikot pilihan raya, namun jumlah 20% atau lebih yang dilaporkan masih menyokong Ikhwan, tidak akan menjejaskan cita-cita al-Sisi.
Ribuan ahli dan penyokong ikhwan al-Muslimin telah dibunuh, ditangkap dan dibicarakan, serta terus-terusan menghadapi tekanan, apabila kerajaan Mesir dibawah pengaruh al-Sisi, mengharamkan gerakan Islam itu dan melabelkannya sebagi pengganas.
Undian pendapat di Mesir biasanya tidak boleh dipercayai, tetapi satu pengumpul suara bebas, Baseera, telah mengesan penurunan sokongan terhadap al-Sisi baru-baru ini.
Pada bulan Februari, 51% daripada responden berkata mereka akan mengundi beliau. Ini menurun kepada 39% pada bulan Mac. Itu belum lagi pertanda tidak popular, kurang daripada 1% berkata mereka akan mengundi untuk orang lain.
Kekurangan bekalan elektrik, kerana sering terputus, memberi kesan kepada undi terhadap al-Sisi dan kempen-kempen melalui media social tentang perkara tersebut sedang giat berlangsung.
Mesir juga mengalami penurunan terbesar dalam indeks kehidupan dikeluarkan PBB yang mungkin akan membawa negara itu, menjejaki langkah Greece.


Oleh itu, pungutan suara presiden Mesir Mei depan, mungkin meniru corak ditetapkan pada bulan Disember lalu, apabila orang-orang Mesir mengundi perlembagaan baru.
Ia diluluskan dengan angka yang memalukan, 98% menyokong, tetapi yang keluar mengundi hanyalah 38%, menunjukkan masyarakat yang kedua-dua bersikap tidak peduli.
Bagaimana orang Mesir boleh peduli? Sedang mereka dalam ketakutan, walaupun terus bersuara, kerana seorang petani dipinggiran Mesir, yang meletakkan gambar bergaya al-Sisi disisi seekor keldai, boleh ditangkap dan dipenjara!



























