Penentang Abdel Fattah al-Sisi telah melancarkan kempen ‘internet’ terhadap tawaran bekas Meneteri Pertahanan Mesir itu untuk menjadi Presiden.
Serangan media sosial ‘Facebook’ dan ‘Twitter’ yang dirasakan pedih oleh penyokong al-Sisi menyebabkan mereka menyeru pemerintah supaya mengharamkan laman-laman tersebut.
‘Twitter hashtag’ secara kasar menterjemahkan daripada bahasa Arab slogan kempen penetang sebagai ‘Mari Undi untuk Pelanggan Pelacur (Pimp)’, mengejek pengumuman pemerintah ‘perampas kuasa’ yang megumumkan mahu melaksanakan rancangan untuk pengutan suara melantik presiden.
Menurut laman web Penjejakan, Keyhole, ‘hashtag’ tersebut telah mencapai lebih daripada 100 juta tanggapan dalam masa beberapa hari penciptaannya.


‘Bekalan Kuasa Diputuskan Empat Kali Sehari, Oleh Itu, Undilah ‘SiPelanggan Pelacur (Pimp),”bunyi salah satu ‘tweet’ yang dihantar kepada orang ramai.
Perkataan ‘SiPelanggan Pelacur’ (Pimp) amat menyakitkan hati dalam budaya Mesir, tetapi penggunaannya juga mengejek rujukan makna Amerika Utara yang membawa erti, menarik perhatian, mengagumkan, atau bos satu kumpulan.
Ia datang sebagai tindak balas kepada slogan pro-Sisi dalam bulan-bulan yang lalu, termasuk “Saya akan mengundi Sisi” dan “Lengkapkan amal”, yang kononnya mencerminkan populariti melambung tinggi umum di kalangan ramai orang Mesir.
Penggunaan frasa ejekan tersebut juga telah ‘menjalar’ di luar alam internet, apabila video klip diambil oleh aktivis semasa perhimpunan Jumaat di Mesir menunjukkan penunjuk perasaan melaungkan “Undi untuk ‘Pelanggan Pelacur itu’, presiden Mesir.”
Graffiti juga muncul di merata dinding bangunan Mesir bertulis frasa yang serupa.
Pilihan raya presiden diumumkan akan diadakan dalam tempoh hampir 10 bulan selepas al-Sisi, sebagai Menteri Pertahanan dan komander tentera, mengetuai pasukannya menghapuskan kuasa presiden negara pertama kali dipilih awam, Mohamad Morsi.alJazeera




























