Terengganu, Malaysia

Bancian PBB Dihalang Mendaftarkan ‘Rohingya’

timthumb.php

Pemerintah Myanmar mengeluarkan kenyataan pada Sabtu bahawa umat Islam di Negara itu, tidak akan dibenarkan untuk mendaftar sebagai “Rohingya” dalam banci pertama yang dibuat sejak tiga dekad lalu, walaupun mendapat jaminan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Cadangan mendaftarkan mereka sebagai ‘Rohongya’ telah mencetuskan ketegangan baru menjelang kaji selidik tersebut, ekorang ugutan fanatik ‘Buddha’, akan memboikot bancian tersebut.

Penganut agama Buddha di sebuah wilayah barat Myanmar berikrar untuk memboikot bancian itu kerana bimbang ia boleh membawa kepada pengiktirafan rasmi untuk ‘Rohingya’, yang dilihat oleh PBB sebagai antara minoriti yang paling ditindas di dunia.

“Jika (ada) isi rumah mahu memperkenalkan diri mereka sebagai ‘Rohingya’, kami tidak akan mendaftar,” kata jurucakap pemerintah Mayanmar, Ye Htut kepada pemberita di Yangon.

Beliau berkata mereka boleh memanggil diri mereka “Bengali”, satu istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa yang meganggap Rohingya sebagai pendatang haram dari negara jiran Bangladesh.

Aid workersPekerja bantuan asing melarikan diri dari Rakhine [Gambar kiri], negeri sebelah barat yang bergolak pada minggu lalu, selepas perusuh fanatik Buddha menyerang pejabat mereka, meningkatkan ketegangan dalam jangka masa bancian yang akan dilakukan.

Seorang gadis berusia 11 tahun telah dibunuh oleh peluru sesat selepas polis melepaskan tembakan amaran untuk menyuraikan orang ramai marah di ibu negeri Sittwe.

Pekerja kemanusiaan di rantau ini telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat dari nasionalis Buddha yang menuduh mereka berat sebelah memihak kepada orang Islam tempatan.

PBB telah menarik keluar kira-kira 50 kakitangannya dari Myanmar, manakala kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan utama yang lain, turut mengeluarkan pekerja mereka buat sementara waktu.

Bantahan terhadap bancian yang dilakukan PBB telah mendapat bantahan oleh isi rumah di seluruh Sittwe dengan papan-papan tanda-tanda diletakkan mengisytiharkan: “Rumah ini membantah terhadap banci……. Jangan mendaftar”.

Banci pertama Myanmar sejak tahun 1983, yang ditetapkan untuk bermula pada hari Ahad dan berlangsung selama 12 hari, disokong oleh Dana Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) bertujuan untuk memenuhi keperluan defisit maklumat dalam negara bekas junta tentera itu.

Sebaliknya bancian penduduk itu telah menghidupkan ‘api kekacauan’ persoalan tentang etnik dan agama, yang mengancam rundingan damai rapuh dengan kumpulan pemberontak minoriti.

Nasionalis Buddha telah bertindak balas dengan kemarahan kepada fakta, bahawa soal selidik itu mengandungi satu bahagian untuk orang ramai untuk mengenal pasti diri etnik mereka, secara teorinya membenarkan Rohingya untuk didaftarkan.

Tetapi pegawai-pegawai kerajaan di negeri ini telah berusaha untuk meyakinkan mereka bahawa istilah tidak akan dikira, menurut Ahli Parlimen tempatan Aung Kyaw Mya.

“Mereka hanya akan menulis ‘Bengali’ kerana Rohingya tidak wujud,” katanya kepada AFP.

Permusuhan lama antara Buddha dan Islam di Rakhine meletus menjadi pertumpahan darah pada tahun 2012, meninggalkan puluhan mati dalam pertempuran dan sekitar 140,000 orang mejadi pelarian.

Umat Islam di bahagian-bahagian terpencil di Rakhine telah melaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengancam orang-orang tempatan dengan hukuman yang keras jika mereka cuba untuk dikenali sebagai Rohingya.

Etnik ‘Rohingya’ adalah tertakluk kepada rangkaian sekatan ke atas perjalanan, kerja dan juga perkahwinan. – AFP

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan