Terengganu, Malaysia

Perbalahan Arab Teluk Semakin Parah

tmp_Envoys212045673

Pertikaian antara negara-negara Islam Arab di Teluk semakin bertambah parah apabila dilaporkan Arab Saudi bukan sahaja megambil tindakan diplomatik, bahkan akan mengadakan sekatan ekonomi terhadap jirannya, Qatar.

Tindakan tersebut membimbangkan para pekerja asing yang mencari rezeki di negara Qatar, kerana keadaan itu boleh menyebabkan industri minyak dan gaa negara itu akan terjejas.

“terbaru………. Saudi tidak menerima riyal (matawang) Qatar……..ini berita dari Tok Arab (di sini), bukan berita rasmi dari media,

“kilang tempat saya bekerja adalah usahasama (JV) antara usahawan UAE dan Qatar, sedang berkira-kira untung rugi…..samada nak ambil alih, atau tamatkan (JV),”ujar seorang rakyat Malaysia yang tidak mahu dikenali.

Pada pertengahan Mac lalu, Arab Saudi menuntut Qatar menutup agensi berita antarabangsa Al-Jazeera dan dua pusat pemikiran semasa mesyuarat Majlis Kerjasama Teluk(Gulf Corporation Council).

Riyadh menuntut penutupan Pusat Brookings Doha dan Pusat Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian Polisi, selain stesyen berita antarabangsa al-Jazeera.

Sebelum itu, selepas mesyuarat Kerjasama Teluk dilaporkan panas pada 5 Mac lalu, Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memanggil pulang duta mereka dari Qatar.

Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu, UAE, memanggil pulang duta mereka dari Qatar selepas mendakwa Qatar campur tangan urusan dalaman negara masing-masing.

campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka dan mendakwa Emiriah tersebut menyokong gerakan Islam Ikhwan al-Muslim.

Sebaliknya, Qatar ketika membalas desakan Negara-negara penyokong kerajaan kudeta Mesir itu berkata, tindkan Arab Saudi dan UAE itu, adalah mengganggu hal ehwal dalam Negara Qatar.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan