Terengganu, Malaysia

MILF Tandatangan Perjanjian Damai Rasmi Dengan Filipina

15philippines_cnd-articleLarge

Front Pembebasa Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front – MILF) kumpulan pejuang Islam terbesar menandatangani perjanjian damai bersejarah dengan pemerintah Filipina, selepas 17 tahun rundingan dan berdekad pertempuran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 120,000 di pulau-pulau selatan Mindanao.

Pengerusi MILF Haji Murad Ibrahim berkata ia adalah satu pengiktirafan dalam perjuangan pembebasan tanah air Bangsa Moro dan Islam.

src.adapt.480.low“Perjanjian komprehensif mengenai Bangsamoro (negara Islam) adalah kemuliaan pertabalan perjuangan kita,” kata Murad selepas majlis tersebut yang diadakan pada Khamis 27 Mac, di istana presiden Filipina, di Manila.

Lebih 500 anggota MILF dijemput untuk majlis tersebut, serta pegawai-pegawai Filipina dan diplomat.

Perjanjian itu akan mewujudkan sebuah kerajaan autonomi Bangsamoro dengan bajet dan kuasa polis sendiri dan Badan Peralihan akan bertugas sehingga pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 2016.

Members of a Muslim group participate in a unity walk in ManilaMILF telah berjuang untuk penentuan nasib sendiri di wilayah Mindanao dan selatan Mindanao yang merupakan tanah air nenek moyang mereka dan dengan perjanjian itu, MILF mengumumkan tamatnya perjuangan bersenjata untuk menuntut kemerdekaan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, MILF juga berjanji untuk menyerahkan kira-kira 15,000 para pejuangnya, yang dianggap sebagai kumpulan bersenjata yang terbesar di Asia Tenggara.

Kerajaan Bangsamoro baru juga akan menerima 75 peratus daripada cukai yang dipungut di rantau itu, 75 peratus daripada pendapatan daripada mineral logam dan kuasa kawalan beberapa wilayah memancing dilautan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan