Keluarga, Saudara-mara MH370 China Akan Berarak ke Kedutaan Malaysia

1493

BEIJING, 25 Mac – Perasaan marah keluarga dan saudara-mara penumpang China dalam peasawt MH370 akan mengadakan perarakan protes ke Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini bagi menuntut lebih jawapan mengenai nasib pesawat yang didakwa terhempas itu.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sebahagiannya dengan linangan air mata, berganding lengan dan menjerit slogan mengutuk termasuk “Kerajaan Malaysia adalah pembunuh” dan “Kami mahu saudara-mara kami kembali”.

photo(2)Kedutaan itu yang terletak kira-kira empat kilometer (2.5 batu) dari Hotel Lido, di mana mesyuarat diadakan sepanjang drama kehilangan MH370 membuka kesedihan baru apabila lewat pada hari Isnin, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkata dengan pembayangan, pesawat itu telah terhempas di Lautan Hindi.

“Kami akan membantah di Kedutaan Malaysia,” kata seorang lelaki kepada agesi AFP sebaik beliau menyertai 200 saudara-mara lain untuk menaiki bas di hotel Lido di mana mereka berkumpul sepanjang pengalaman pahit selama 17 hari.

Seorang ahli keluarga lain, memegang pembesar suara dan menggesa wartawan untuk menuju ke kedutaan Malaysia, manakala yang lain berdiri di satu kumpulan, suram dan bergerak, ramai yang memegang sebelum meletakkan pelekat dicetak dengan tulisan “Berdoalah untuk MH370” di baju-T mereka.

Sementara itu, pegawai polis dan pengawal keselamatan China telah menutup jalan berhapiran Kedutaan Malaysia, dalam persediaan menjangkakan bantahan oleh ahli-ahli keluarga penumpang China yang berada di MH370.

Keluarga terbabit telah mengumumkan pada laman sosial Weibo rasmi mereka bahawa mereka akan berarak ke kedutaan Malaysia, yang terletak di Liangmaqiao North Street, sekitar 10:30 pagi.