Oleh Haji Ahmad Amzad Hashim
Saya juga ingin menegur jawapan berdolak dalik pihak kerajaan bagi soalan yg dibangkit mengapa kapal selam milik Malaysia, ‘Scorpene’, yang dibeli dengan harga yang menjadi kontroversi hangat dalam negara tidak digerakkan sama dalam misi mencari dan menyelamat MH370 yang melibatkan hingga ratusan kapal dan kapal terbang pelbagai negara?
Bermula dengan kerajaan memberi kebenaran kepada Singapura membawa dua buah kapal perang ‘Frigate’ dan kapal selam mereka, kerajaan telah memberi alasan bahawa Scorpene adalah kapal selam adalah untuk misi ketenteraan bukan SAR (Serach and Resscue).
Namun begitu ia disangkal oleh agensi berita Perancis pada 3 September 2009 yang secara jelas merujuk kepada Scorpene Malaysia, menurut laporan itu, adalah kapal selam yang boleh digunakan dalam pelbagai misi, samada misi mencari dan menyelamat selain ketenteraan.


Kemudian kerajaan Malaysia memberikan alas an pula bahawa kelengkapan ‘sonar’ kapal selam Scorpene hanya boleh mengesan objek yang bergerak, bukan objek statik.
Ini adalah sesuatu yang amat pelik kerana dengan nilai belian yang dilaporkan adalah merujuk kepada harga peralatan-peralatan canggih yang dilengkapkan dalam Scorpene.
Sebaliknya, mengapa PanglimaTentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) memberi gambaran kapal selam Scorpene milik Malaysia itu tiba-tiba punya keupayaan terhad?
Sedangkan peralatan ‘sonar’ milik Scorpene, iaitu ‘active and passive sonars’ antara yang paling canggih didunia? Dan topik “detection of dynamic and static objects ” adalah biasa. Bukan kah ‘sonar’ kapal selam Scorpene jauh berkeupayaan tinggi?
Tidak bijak bila negara digambarkan dengan membiarkan urusan masuk ke dasar laut Negara diserahkan kepada tentera Singapura. Sedangkan kapal-kapal kita cuma mampu menunggu di permukaan laut. Apa yang terjadi dibawah laut, bulat-bulat diserahkan pada orang asing
Sudah pasti ada faedahnya Scorpene sekurang-kurangnya dilihat berada di lokasi krisis. Selain dari psikologi kehadiran kekuatan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di dasar laut, saya percaya alat ‘sonar’ yang ada pada Scorpene boleh membantu pengesanan secara kasar dasar laut. Peralatan khusus untuk pengesanan lebih tepat boleh dibuat oleh kenderaan ‘submergence’ yang dibawa Tentera Laut Singapura tersebut.
Apa pun, malang sekali rupanya kita mungkin tiada pelan kontingensi untuk menghadapi kemungkinan kemalangan kepada kapal selam kita sendiri!
Ini menjadikan anak-anak Malaysia yang berkorban menjadi anak-anak kapal kepada kapal Scorpene terdedah kepada ketidakpastian keselamatan.
Erti kata lain kapal selam Scorpene mungkin kapal yang paling menyeramkan untuk mereka yang bertugas di dalamnya……..
Kapal Selam, kapal seram???
*** Haji Ahmad Amzad Hashim adalah mantan Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia




























