BEIRUT: Ketua Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army – FSA) Selim Idriss, menolak pemecatannya oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan berkata rantaian askar yang memberontak menentang reji Syria perlukan penyusunan semula yang menyerluruh
Selim berkata demikian dalam satu kenyataan video diapit oleh beberapa komander Majlis Tertinggi Tentera FSA
“Kami … telah diminta untuk mula bekerja pada sejumlah penstrukturan semula Majlis Tertinggi.”ujarnya pada hari Rabu.
Selim membidas Menteri Pertahanan pembangkang, Assaad Mustafa, yang dilaporkan memberikan sokongan kepada penggantinya Brigadier Jeneral Abdel Ilah al-Bashir.


Dengan pemecatan Selim, pembangkang Syria menghadapi masalah untuk meneruskan revolusi bersenjata terhadap rejim Assad.
Tetapi beberapa pemimpin pemberontak mengkritik langkah itu, dengan beberapa orang menjenamakan langkah itu sebagai suatu ‘rampasan kuasa’ yang tidak demokratik.
“Kami menganggap penyingkiran … Selim Idriss satu keputusan yang tidak sah tidak sah,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh semua lima komander Majlis Tertinggi Tetera FSA, yang telah membawa masuk Selim Idriss sejak setahun lalu.
Mereka berikrar untuk terus berjuang menentang rejim Bashar al-Assad, di bawah kepimpinan daripada Idriss yang telah dipilih secara demokrasi.
Selim Idriss telah diundi oleh majlis-majlis tentera bagi jawatan tersebut Disember 2012.
“Tidak kira apa kelemahan Selim Idriss, ini adalah satu rampasan kuasa tentera, Masalah utama ialah: mengapa tidak semua majlis tentera dipanggil untuk mengundi?”, kata penyokong Selim Idriss
Sebaliknya, pihak yang menyingkir Selim berkata, pemecatan Selim telah diputuskan dalam “mesyuarat rahsia” Majlis Tentera yang lebih tinggi.
Beliau telah lama menghadapi kritikan oleh para pemberontak atas alasan gagal untuk mendapatkan lebih banyak senjata dari penyokong antarabangsa.
Tetapi sumber FSA berkata bahawa ia bukan salah Selim Idriss yang menyebabkan kerajaan asing telah memilih untuk menyalurkan sebahagian besar daripada sokongan mereka, terus kepada unit pemberontak di medan perang.
Selim Idriss dilaporkan melakukan semua itu, supaya dia boleh untuk mengukuhkan dalaman FSA dan tidak bergantung kepada sumber bekalan dari negara asing.
Pada tahun lalu, Majlis Tertinggi Tentera FSA hanya menerima $ 3 juta bantuan asing.
Britain dan Amerika Syarikat menggantung bantuan mereka untuk Idriss dan FSA pada Disember selepas pejuang Islam merampas gudang senjata di sempadan Syria-Turki.
Manakala para aktivis pejuang di medan mengejek Majlis Tertinggi Tentera yang memecat Selim Idriss dan menyifatkan badan itu sebagai “tidak relevan.”
“Majlis Tertingg adalah sangat lemah dan tidak mewakili apa-apa dalam perbandingan dengan kumpulan yang besar yang berjuang di medan,” kata Nazeer al-Khatib, pejuang dari Aleppo.





























