Undangan Kepada Iran Dibatalkan

1067

WASHINGTON: Pakatan kumpulan pembangkang Syria berasa marah dan mengancam akan menarik diri daripada rundingan damai antarabangsa di Switzerland yang telah dijadual, setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundang Iran ke rundingan itu.

Amerika Syarikat juga mengeluarkan amaran berhubung undangan itu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, beliau membuat undangan saat akhir itu setelah Teheran berikrar akan memainkan “peranan positif dan membangun” dalam usaha menamatkan perang saudara di Syria yang semakin meruncing dan kini memasuki tahun ketiga, dan telah meragut lebih 100,000 jiwa.

Bercakap di satu sidang media, Ki-moon berkata undangan kepada Teheran diberikan setelah mengadakan perbincangan mendalam dua hari dengan Menteri Ehwal Luar Iran, Mohammad Javad Zarif.

“Zarif dan saya setuju matlamat rundingan itu ialah membentuk sebuah badan pemerintah peralihan dengan kuasa eksekutif penuh, tertakluk pada persetujuan kededua pihak,” kata Ki-moon.

Namun jurucakap pakatan pembangkang itu, Louay Safi, dalam laman Twitternya berkata pihaknya akan menarik diri jika undangan kepada Iran yang menjadi penyokong kuat Presiden Syria, Bashar alAssad, tidak ditarik balik.

Pakatan tersebut setuju hadir di rundingan tersebut pada Sabtu lalu, satu langkah yang dialu-alukan pemimpin antarabangsa.

Sementara itu, Amerika menggesa Iran agar menyokong saranan penubuhan sebuah pemerintah peralihan di Syria atau berdepan dengan risiko undangan itu ditarik balik.

Ban Ki-moonWashington dan beberapa kuasa Barat sebelum ini menentang kehadiran Iran selagi Teheran tidak mahu menerima kenyataan yang dipersetujui kuasa besar di Geneva pada 30 Jun 2012 agar sebuah pemerintah peralihan Syria dibentuk.

“Ini merupakan sesuatu yang belum dinyatakan Iran secara terbuka dan kami telah lama menjelaskan bahawa hal ini perlu,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Jen Psaki.

“Saya amat percaya Iran perlu menjadi sebahagian huraian krisis di Syria ini,” kata Ki-moon.

Lewat semalam, jurucakap Iran, Marzieh Afkham, memberitahu agensi berita Irna, negaranya akan menghadiri rundingan damai itu seperti diundang, namun tanpa sebarang prasyarat.

Rundingan di antara pemerintah Bashar al-Assad dengan pembangkang dijadualkan diadakan di Geneva pada Jumaat ini.

Sehubungan itu satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan PBB menyatakan, badan dunia itu menarik balik jemputan kepada Iran dengan alasan Iran enggan menerima matlamat rundingan damai.

Jurucakap PBB menjelaskan bahawa Setiausaha Agung, Ban Ki-Moon telah menarik balik Iran menjemput selepas ia menolak untuk menerima matlamat rundingan damai Syria, termasuk “penubuhan badan pentadbiran peralihan kuasa eksekutif penuh”

“Dalam beberapa siri mesyuarat dan perbualan telefon, pegawai kanan Iran memberi jaminan kepada Setiausaha Agung bahawa Iran difahami dan disokong asas dan matlamat Persidangan, termasuk Geneva Kenyatan.

“Setiausaha Agung amat kecewa dengan kenyataan umum Iran hari ini bahawa tidak berada di semua selaras dengan komitmen yang dinyatakan.

“Beliau terus menggesa Iran untuk menyertai konsensus global di belakang Geneva Kenyatan.

“Memandangkan ia telah memilih untuk berada di luar pemahaman asas, beliau telah memutuskan bahawa perhimpunan sehari Montreux akan meneruskan tanpa penyertaan Iran.”menurut Jurucakap PBB sebagaimana kenyataan terbaru yang dikeeluarkan lewat semalam.