Serangan Israel Tidak Pernah Berhenti Ke atas Gaza

853

GAZA – Israel melancarkan serangan udara di sebelah timur dan kawasan utara Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan kecederaan kepada empat kanak-kanak dan seorang wanita.0

Menurut sumber hospital di sini, serangan pada 16 Januari itu ia adalah kali kedua minggu ini pesawat tentera udara Israel menyerang beberapa zon di Gaza.

Serangan terburuk berlaku pada November 2012, merupakan pencerobohan tentera yang mengorbankan 180 orang, separuh daripada mereka wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 2,000 yang lain.

israel air raid1Pegawai-pegawai kanan Israel dilaporkan menyatakan pada minggu lalu, kemungkinan berlakunya satu lagi operasi serupa berlaku kemudian, namun ia berhenti setelah perjanjian perundingkan melalui Presiden Mesir ketika itu, Dr Muhammad Morsi, dengan pengantaraan Jabatan Negara AS.

Sejak itu, sehingga serangan terbaru Khamis lalu, tentera rejim Israel sering melakukan pencerobohan sewenang-wenangnya ke wilayah Gaza.

Kereta perisai Israel pernah masuk ke dalam wilayah Gaza dan memusnahkan tanaman berhampiran kem pelarian Khan Younis.

Kekerapan Tel Aviv melakukan serbuan dan tembakan meriam terhadap Gaza, yang ditadbir Hamas, bermula pada 24 Disember, apabila seorang gadis yang tinggal di kem pelarian Khan Younis mati dan enam orang cedera.