BESUT: Six shots were fired at the house of the president of Besut District Council in Kampung Gong Kapas here on Monday.
Terengganu CPO Datuk Jamshah Mustapa said Ibrahim Mohamad, 55, his wife and one of their children, who were at home during the 6.15am incident, heard explosions but did not realise they were shots.
It was only at about 8.30am when Ibrahim’s wife was cleaning the house that she noticed glass fragments from their car and bullet casings in the compound of the single-storey bungalow, he said.
She immediately telephone her husband, who was already at his office, and informed him, Jamshah added.
Police said six shots were fired at the house – two hit the building and four hit a Mercedes Benz CLK320 car.
Jamshah said police did not rule out the possibility that the shots were fired as a warning, apparently by someone unhappy with actions taken by the council president.
He said the police probe indicated that the shots were fired from close range, about five metres away, and by more than one person.
The forensics team recovered a Luger Speer 9mm shell from the road in front of the house, he added. – Bernama
Enam das tembakan disasar ke rumah YDP Besut
BESUT – Enam das tembakan dilepaskan ke arah rumah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kapas di sini hari ini.
Ketika kejadian pada 6.15 pagi, Ibrahim Mohamad, 55, bersama isteri dan seorang anak mereka berada di dalam rumah dan mereka terdengar beberapa bunyi letupan tetapi tidak mengesyaki ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman mereka.
Kejadian itu hanya disedari pada 8.30 pagi apabila isteri YDP majlis daerah itu keluar untuk membersihkan kawasan rumah dan melihat kesan pecah pada cermin keretanya serta menemui serpihan peluru di perkarangan rumah banglo setingkat itu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, wanita berkenaan kemudian menelefon suaminya yang ketika itu berada di pejabat dan memaklumkan mengenai perkara itu.
Polis dapati enam das tembakan dilepaskan iaitu dua terkena pada rumah manakala empat lagi pada kereta Mercedes Benz CLK320 mangsa, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jamshah berkata, polis tidak menolak kemungkinan tembakan itu dilepaskan sebagai tanda amaran.
“Mangsa memaklumkan dia tidak mempuyai musuh dan kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini bermotifkan rasa tidak senang hati pihak tertentu terhadap tugas mangsa,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya tembakan dilepaskan dari jarak dekat iaitu kira-kira lima meter dan dilakukan oleh lebih seorang suspek.
Pihak forensik menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm Luger Speer di atas jalan di hadapan rumah itu. – Bernam
- serang pangkalan udara AS selepas serangan yang dilaporkan di Pulau Sirik
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata awal Isnin bahawa ia menyerang pangkalan...
Perikatan Nasional chairman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar has called on the coalition's leadership, machinery and party members to stay clear of provocation,...
Oleh ; Musfirah
KUALA TERENGGANU, 31 Mei – Sebanyak 17 ekor lembu telah dikorbankan dalam Program Qurban Perdana DUN Bandar pada tahun ini yang berlangsung...
Oleh ; Musfirah
KUALA TERENGGANU – Sebanyak enam ekor lembu dan dua ekor kerbau telah dikorbankan sempena Program Korban Perdana Peringkat DUN Batu Buruk yang...
Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.
Pilihan raya bukan sekadar pertandingan politik,...