Kelab bola sepak Mesir, al-Ahly telah menggantung penyerang Ahmed Abdul Zaher tanpa gaji kerana menunjukkan isyarat tangan empat jari yang dikaitkan dengan penyokong Presiden Mohamed Morsi, ketika meraikan jaringan gol.
Kelab yang baru dinobatkan sebagai juara kelab Afrika berkata pemain posisi hadapan 28 tahun itu telah digantung pada hari Isnin kerana menunjukkan ‘rabaa’ selepas menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 2-0 ke atas kelab Afrika Selatan Orlando Pirates pada separuh akhir pusingan kedua, akhir Liga Juara-Juara Afrika di Kaherah pada Ahad lalu.
Kelab al-Ahly menang 3-1 pada agregat untuk merangkul juara kali kelapan kejohanan peringkat benua itu.
Penggantungan itu mungkin menyebabkan Abdel- Zaher terlepas perlawanan piala dunia FIFA di Maghribi, bulan depan, kata sumber kelab.
Penyokong dan pejuang Islam Mesir sering menunjukkan tanda empat jari, yang dipanggil Raba’a (empat) dalam bahasa Arab, sebagai protes anti-tentera sejak tindakan keras lagi maut ke atas penyokong Presiden Morsi di dataran Raba’a al- Adawiya, Kaherah pada 14 Ogos.
Ribuan rakyat Mesir telah terbunuh sejak tindakan ganas rejim kudeta Mesir yang disokong pihak tentera.
Seorang anggota kanan kelab itu berkata kepada agensi berita AFP, langkah menggantung Abdul Zaher itu diambil kerana pemain itu ‘mencampuradukkan’ politik dengan sukan.
Menteri Sukan Mesir, Taher Abu Zeid , berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau berharap persekutuan bola sepak negara itu ‘menggantung dan mendenda’ Abdel- Zaher sebagaimana penggantungan yaNg dibuat kepada cara atlet ‘Kung Fu’ Mohamed Youssef.
Persatuan Kung Fu Mesir mengharamkan Youssef dari menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun selepas dia memakai T -shirt yang mempunyai ‘tanda empat jari Raba’a’ pada bulan lepas di kejohanan di Rusia.
“Kementerian sendiri tidak boleh mengambil keputusan itu tetapi institusi berkenaan boleh,”kata Abu Zeid .











