Bajet tahunan kerajaan negeri Teregganu untuk empat tahun terakhir dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan dengan bajet pada tahun 2009 bajet Teregganu berjumlah hampir RM2 billion dengan meluluskan peruntukan tambahan RM280 juta.
Pada tahun 2010 bajet Terengganu juga mencecah hampir RM1.9 billion dengan bajet tambahan lebih RM200 juta menjadikan ia mencecah lebih RM2.1 billion.
Begitu juga pada tahun 2011, ia mencecah lebih RM2 bilion dengan bajet tambahan lebih RM250 juta dan tahun 2012 ia meningkat lebih RM2.25 bilion dengan bajet tambahan lebih RM260 juta.
Untuk bajet 2013 sejumlah RM1.995 bilion telah diluluskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Berbanding dega kerajaan negeri Selangor bajet 2010 adalah berjumlah RM1.5 bilion manakala bajet untuk tahu 2013 adalah RM1.63 bilion.


Pada tahun hadapan, tahun 2014, Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM200 yang akan meningkatkan jumlahnya daripada RM1,300 itu kepada RM1,500 sebulan.
Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.
“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.
“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya
Sehigga kini tidak ada cadagan dari Ghazali Taib Exco Pelajaran negeri Terengganu untuk menaikkan elaun guru KAFA yag berjumlah RM800 sebulan itu.
Walaupun pada beberapa hari lalu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata Kerajaan kini sedang meneliti kenaikan dan kedudukan gaji guru Kafa peringkat Kebangsaan.
“Kita sentiasa melihat kebajikan guru KAFA ini, kalau dulu dari segi elaunnya kita tambah, sekarang ini kerajaan sudah bersetuju untuk menambah lagi elaun perjalanan mereka.
“Kalau kita lihat kakitangan kita di Sabah dan Sarawak, perjalanannya susah, naik bot, meniti tiang balak, itu harus kita ambil kira,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Ijtimak Penyelia KAFA Peringkat Kebangsaan 2013 di Hotel Permai, di sini yang dilaporkan Sinar Harian pada Sabtu 28 September.
Sedangkan Exco Pelajaran Ghazali Taib turut hadir dalam majlis tersebut [Gambar; Ghazali paling kiri]





























