Pasukan keselamatan Hamas tahan kumpulan cuba cetuskan huru hara

877

Kementerian Dalam Negeri pihak berkuasa Gaza mengumumkan, pasukan keselamatannya telah menahan sekumpulan rakyat Palestin yang sedang merancang untuk mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan di wilayah pantai semenanjung itu.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman webnya bahawa kumpulan itu mengaku bahawa mereka telah bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan Israel, Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin dan beberapa negara Arab untuk menghasut kekacauan.

“Ahli-ahli kumpulan yang ditangkap mengakui bahawa mereka pergi ke Tebing Barat dan ke negara-negara Arab, di mana salah seorang ahli telah ditangkap oleh keselamatan kita dan dia mengakui bahawa kumpulan itu merancang kekacauan di Gaza,” kata kenyataan itu.

Gerakan Hamas yang menguasai Gaza telah menempat menempatkan semula pasukan keselamatannya pada jalan-jalan di Gaza pada hari Jumaat selepas sekumpulan belia dari Gaza, yang menggelarkan diri mereka Tamarod (bermaksud pemberontak), menyeru rakyat Gaza untuk menentang Hamas.

Kumpulan itu, walaupun beberapa popular dalam talian, masih merupakan gerakan ‘bawah tanah’, sementara Hamas memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap tindakan mereka cuba menganjurkan bantahan besar-besaran pada 11 Nov depan.