“Palestin adalah dan akan kekal sebagai tanah Arab dan Islam. Tanah air yang tidak boleh dijual untuk wang,”katanya ketika berucap dihadapan ahli-ahli kabinet Hamas di Bandaraya Gaza pada Khamis 9 Mei.
Al-Qaradawi, tiba di Semenanjung Gaza melalui pintu Rafah, pada Rabu malam mengetuai delegasi 50 ulama Islam dari 14 buah negara,
Beliau berkata bahawa umat Islam berada dalam konflik dengan Zionis, yang mendakwa mereka adalah Yahudi, tetapi sebenarnya S=Zionis adalah jauh daripada menjadi demikian.
Al-Qaradawi berkata Zionisme mahu memakan tanah Palestin di bawah dalih palsu sedangkan Palestin tidak pernah menjadi tanah Yahudi.
Beliau berkata ia adalah berdosa kepada orang Islam untuk melepaskan hak-hak mereka ke atas tanah mereka.
Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, kata al-Qaradawi, mewakili seluruh negara dan umat Islam yang akan mendapat kemenangan dan mendapat kembali hak-hak meraka.
Beliau juga berkata bahawa rakyat Palestin akan kembali ke rumah-rumah asal mereka di negara haram Israel kini.
Beliau berkata delegasi ulamak bersama beliau yang datang ke Semenanjung Gaza adalah mewakili semua orang-orang yang “cintakan Palestin, Gaza, kesabaran dan jihad.”
Sehubungan itu, Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh menegaskan dalam pertemuan dengan ulama terkemuka itu, bahawa pergerakan beliau tidak akan membuat apa-apa konsesi terhadap hak-hak rakyat Palestin.
“Kami tidak akan berputus asa walau satu inci pun dari tanah Palestin, tanah ini adalah kita. Baitul Maqdis adalah milik kita dan Allah bersama kita. “tegas Ismail Haniyeh
Ismail Haniyeh mewakili seluruh warga Palesti memberi penghormatan al-Qaradawi dengan memberikan kepadanya kewarganegaraan dan passport Palestin kepadanya.
Hamas telah mengalu-alukan kunjungan al-Qaradawi itu, menyifatkan ia suatu peristiwa ‘bersejarah’ kepada Gaza dan perjuangan Hamas.





























