Terengganu, Malaysia

Ketua Asrama Ditahan, Disyakki Terlibat Kes Keracunan Makanan Penuntut al-Azhar

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/protes%20keracunan%20makanan.jpg

Insiden itu mencetuskan protes pada hari Selasa oleh pelajar-pelajar Al-Azhar turut menuntut pemecatan Presiden universiti Osama al-Abd, yang persetujui oleh Sheikh al-Azhar pada keesokan harinya.

Pendakwa memanggil Mohamad Red dan lima pegawai universiti lain untuk siasatan, manakala tiga lagi yang terlibat dalam kejadian itu telah dibebaskan.

Majlis Tertinggi Al-Azhar telah memnaggil satu pilihan raya segera untuk memilih presiden universiti yang baru dalam tempoh dua minggu akan datang.

Majlis itu juga telah menggantikan Ketua Pengarah asrama, pengurus makanan dan minuman dan pengarah asrama pelajar perempuan.

Tindakan Majlis al-Azhar itu merujuk kepada semua nama-nama yang disebut sebagai orang-orang yang mungkin telah memainkan peranan dalam kejadian keracunan yang sedang dalam penyiasatan.

Ratusan penuntut Universiti Al-Azhar telah mengadakan protes selepas para pelajarnya dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan [gambar].

Pegawai Kementerian Kesihatan Mesir, Khaled el-Khateib berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa menjamah makanan di asrama pelajar, Isnin lalu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan