Kumpulan NGO ‘Save the Children’ berkata pada hari Rabu bahawa sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak di negara itu menghadapi masalah kekurangan zat, penyakit, perkahwinan awal dan trauma yang teruk.
Laporan tersebut menyataka sebilangan besar belia telah ditembak di dirogol dan diseksa.
“Ini perang di mana wanita dan kanak-kanak adalah mangsa terbesar,” kata Justin Forsyth Ketua ‘Save The Children’ ketika memberitahu agensi berita Reuters di Lubnan, yang menjadi penempatan 340,000 orang pelarian Syria.
‘Save the Children’ turut mendedahkan laporkan penyelidikan yang dijalankan oleh Bahcesehir Universiti di Turki, satu daripada tiga orang di kalangan kanak-kanak pelarian dilaporkan telah samada ditumbuk, ditendang atau ditembak.
Pelarian mengatakan bahawa tentera yang setia kepada rejim Presiden Bashar al-Assad terus mensasarkan serangan mereka kepada golongan kanak-kanak.
Forsyth berkata beliau telah bertemu dengan seorang kanak-kanak yang mengatakan, dia berada di satu sel penjara dengan 150 orang, termasuk 50 kanak-kanak.
“Beliau telah dibawa keluar setiap hari dan dimasukkan ke dalam roda gergasi dan dibakar dengan rokok. Beliau berusia 15 tahun. Trauma yang memberikan kanak-kanak adalah amat buruk.”




























