Terengganu, Malaysia

50 Anggota Jabatan Amal Hulu Terengganu Sedia Dikerah Bila-bila Masa

50 Anggota Jabatan Amal Hulu Terengganu Sedia Dikerah Bila-bila Masa

KUALA TERENGGANU – Seramai 50 anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Hulu Terengganu Sedia Dikerah pada bila-bila masa bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL), dengan pemantauan tertumpu kepada kawasan berisiko di empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Komandan Jabatan Amal Hulu Terengganu, Mohd Bahauddin Mohamad Yusof berkata, kawasan berisiko dikenal pasti melibatkan DUN Ajil, Kuala Berang, Telemong dan Manir, khususnya lokasi yang sering mengalami limpahan air sungai ketika hujan lebat berterusan.

Menurutnya, antara kawasan yang diberi perhatian ialah Kampung Peneh dan Lubuk Periuk di DUN Ajil, selain beberapa kawasan di Kuala Berang yang berisiko menerima aliran air dari kawasan hulu apabila air mula surut di Ajil.

“Di DUN Telemong pula, hujan lebat tanpa henti di Kampung Basung boleh menyebabkan banjir di kawasan berkenaan sebelum aliran air bergerak ke kawasan lain yang turut berisiko.

“Manakala di DUN Manir, limpahan Sungai Manir dan keadaan air pasang boleh menyebabkan banjir di Kampung Manir serta Teluk Menara,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, Kampung Batu Hampar, Pulau Manis dan Taman Hamparan Permai turut diberi perhatian berikutan risiko limpahan air dari Sungai Kuala Nerus.

“Antara lokasi panas banjir yang dikenal pasti di DUN Ajil ialah Lubuk Periuk, Peneh, Menerong, Tok Randok dan Belukar Bukit, manakala di DUN Kuala Berang melibatkan Kampung Paya Besar, Kampung Bukit Tok Bat, Kampung Batu 23 dan Kampung Batu 24.

“Di DUN Telemong, kawasan berisiko termasuk Kampung Basung, Kuala Ping, Kampung Matang, Kampung Kepah, Bukit Tadok, Padang Setar, Kampung Kemat, Cheting dan Sekayu,” ujarnya.

Sementara itu, di DUN Manir membabitkan Kampung Manir, Kampung Teluk Menara, Kampung Pulau Manis, Kampung Batu Hampar dan Taman Hamparan Permai.

“Bagi memperkemas penyelarasan operasi, Jabatan Amal Hulu Terengganu menyediakan bilik gerakan di peringkat kawasan dan setiap DUN bagi memudahkan orang ramai menghubungi petugas sekiranya memerlukan bantuan.

Lokasi bilik gerakan dan nombor telefon untuk dihubungi adalah seperti berikut peringkat Kawasan Hulu Terengganu adalah Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ketua Komandan, Mohd Bahauddin Mohamad Yusof, 011-5754 7268 dan Ketua Operasi, Nazari Zakaria, 010-323 2891

Manakala DUN Ajil, lokasi ialah Markaz Tarbiyyah Tok Randok, Ketua Operasi adalah Yusuf Sudin, 018-905 7634 dan Ketua Bilik Gerakan, Abu Handalah Sudin, 013-945 9581

DUN Kuala Berang pula di Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Berang (PKM) dan Ketua Operasi ialah Tun Mohd Yusuf, 013-910 2546 serta Ketua Bilik Gerakan, Husni, 019-903 9135.

Lokasi di DUN Telemong ialah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong (PKM), Ketua Operasi: Izmi bin Ilis, 016-663 2463 / Shahril Aswad, 013-414 9414 dan Ketua Bilik Gerakan, Haizat Alapisa , 017-875 3884.

Selain itu, DUN Manir di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manir (PKM Manir). Ketua Operasi ialah Solekhuddin Ismail 019-990 1346, Ketua Bilik Gerakan ialah Bahauddin Yusof, 011-5754 7268.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca serta amaran banjir daripada pihak berkuasa sepanjang musim tengkujuh.

“Antara langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian termasuk segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan, selain mengelakkan aktiviti bermain atau meredah kawasan banjir terutama lokasi yang mempunyai arus deras.

“Orang ramai juga diingatkan supaya menjauhi kabel dan tiang elektrik, tidak memandu atau menunggang motosikal melalui jalan yang ditenggelami air serta memastikan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sentiasa berada dalam keadaan selamat,” tambah beliau.

Selain itu, dokumen penting, ubat-ubatan, makanan dan pakaian perlu disimpan di tempat selamat sebagai persediaan sekiranya berlaku pemindahan.

“Orang ramai yang berdepan kecemasan diminta menghubungi pihak berkuasa atau bilik gerakan berkaitan bagi mendapatkan bantuan segera.

“Jangan pertaruhkan nyawa demi harta benda kerana keselamatan diri dan keluarga hendaklah sentiasa menjadi keutamaan,” jelas beliau.

50 Anggota Jabatan Amal Hulu Terengganu Sedia Dikerah Bila-bila Masa

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan