Terengganu, Malaysia

TMT 2.0 Dungun Kembali Temui Rakyat

TMT 2.0 Dungun Kembali Temui Rakyat

DUNGUN – Gelombang kebangkitan rakyat diteruskan apabila Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2.0 kembali menemui masyarakat di Arena Square, Kuala Dungun bermula 19 hingga 21 November 2026, sebagai kesinambungan kepada kejayaan besar siri terdahulu di Kemaman.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kini tiba giliran Dungun untuk menyatukan hati rakyat seluruh negeri menerusi pelbagai pengisian yang disusun khusus untuk semua peringkat umur.

“Pelbagai acara padat disediakan untuk semua lapisan masyarakat, daripada sukaneka keluarga, santai anak muda, podcast Terang Bulan, sehinggalah ke malam berselawat.

“Dan yang paling utama, jangan lepaskan peluang kemuncak himpunan kita: ceramah perdana dan majlis pelancaran jentera PRU-16 PAS Negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TMT 2.0 Dungun Kembali Temui Rakyat

Menurut beliau, siri TMT 2.0 bukan sekadar pentas wacana politik, sebaliknya dirangka secara santai dan menyeluruh bagi merapatkan silaturahim komuniti di samping menyuntik pengisian kerohanian bersama keluarga.

Pada masa sama, majlis pelancaran jentera PRU-16 peringkat negeri pada malam kemuncak bakal menjadi titik tolak penting bagi menyusun kesiapsiagaan jentera operasi parti lebih awal.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mencatat tarikh berkenaan di kalendar masing-masing serta hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara.

“Bawa keluarga, ajak sahabat handai, kita satukan hati, perkemaskan saf, insya-Allah. Jumpa anda di sana,” katanya sambil menegaskan komitmen untuk memastikan Terengganu kekal teguh memimpin.

TMT 2.0 Dungun Kembali Temui Rakyat

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan