Oleh : Hidayah Azlin
KUALA TERENGGANU – Isu bantahan pemimpin Umno berhubung penyaluran peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan ke negeri-negeri pentadbiran PAS masih belum berasas dan tidak mempunyai bukti kukuh.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Azman Ibrahim menegaskan bahawa tiada kejelasan mengenai mana-mana individu atau pemimpin yang didakwa membuat bantahan berkenaan.
“Tak apalah kalau benar ada bantahan sebagaimana yang didakwa. Kita pun tak ada bukti dan siapa pemimpin yang dimaksudkan.
“Faktanya, kuasa untuk menyalurkan peruntukan ada pada Menteri Kewangan dengan persetujuan Perdana Menteri. Menteri Kewangan boleh saja bincang elok-elok dengan Perdana Menteri,
“demi untuk menunaikan hak dan keadilan kepada negeri-negeri walaupun diperintah oleh PAS,” katanya ketika ditemui semalam.
Mengulas lanjut, Dr Azman menjelaskan bahawa kuasa mutlak bagi penyaluran peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan berada di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan dengan persetujuan Perdana Menteri.
Menurut Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu itu portfoliio Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kini dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“demi memastikan hak dan prinsip keadilan dapat ditunaikan kepada rakyat di seluruh negeri, pihak Kementerian Kewangan sepatutnya mengadakan perbincangan secara telus dengan Perdana Menteri.” sindir beliau.
Tambahnya, soal pengagihan dana dan pembangunan wajar merentasi batasan politik bagi membolehkan kebajikan serta kemajuan di negeri-negeri pembangkang terus diberi perhatian sewajarnya demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.





























