Berikut adalah intipati penggulungan tersebut sebagaimana dicatatkan oleh Setiausaha Politiknya, Dr Shamsuri;
1. Mula dengan memetik surah al-‘asr
2. Teguran dan muhasabah ibarat ubat herba, baik untuk badan dan jamaah
3. PAS akan teruskan iltizam dengan Pakatan Rakyat – berdasarkan waqi’ negara Malaysia yang majmuk
4. PAS dan PR sepakat atas 4 perkara – Islam, Bumiputera, Bahasa, Raja
5. PAS akan teruskan dasar tahaluf siyasi – damai didahulukan
6. Orang bukan islam makin sokong PAS – bantu dan pertahan
7. PAS mata rantai perjuangan Islam, walau nabi sudah wafat, walau tiada kerajaan, walau dijajah
8. PAS parti islam yang mendahului rakan-rakan yang lain – wujudkan majlis syura ulama, bertanding dalam pilihanraya, tahaluf siyasi, pendekatan muwajahah silmiyyah dan demokrasi
7. PAS tidak pernah rugi dalam tahaluf – termasuk tahaluf dengan Umno, S46, PKR dan DAP
8. Kehebatan pentadbiran terdahulu – contohnya nabi sulaiman, nabi yusof, umar abdul aziz
9. Timbul perbezaan pandangan sebab ahli PAS pelbagai, tetapi PAS istiqamah dengan al-quran, sunnah, ijma’, qiyas – apabila telah masuk pas, perlu ikut cara PAS
10. PAS terbuka dengan smua pihak – kumpulan Islam, dalam dan luar negara (Afghanistan, Aceh, Syria, Filipina)
11. Puji pemuda isytihar harta! Saya org pertama sokong – kata Presiden
12. Pimpinan perlu amanah, jangan kumpul harta, isteri kerana para nabi tidak kaya
13. Bersedia hadapi pilihanrya! Kekuatan zahir, kewangan, niat yg ikhlas
14. Terima kasih tawar jadi PM, tapi kena menang dulu. Harapan saya, biar menang Islam, lepas tu mati pun takpe. Jgn siapkan rempah, lauk xde lg.
15. Memetik Sirah sebelum hijrah, tawaran dan jawapan nabi kepada kabilah2 sekitar Mekah
16. Buat kerja sebelum prya – daftar undi, cula, bantahan
17. Umno bukan parti kuat – berkawan dengan syaitan
18. Perjuangan ini jauh, banyak gelombang ombak – kalau pening, makan ubat, jangan terjun, banyak jerung, jangan ubah haluan
19. Berjuang Islam besar fadhilat, banyak pahala, djanjikan kemenangan
20. PAS bersama Pakatan Rakyat, mmbujur lalu melintang patah, terus berjuang Islam berdaulat, jangan melulu jangan melatah


























