Tolak PH Dalam PRN Johor!

39

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Berbaki 24 jam tempoh kempen PRN Johor, saat paling kritikal yang akan menentukan samada penyandang kuasa akan terus berkuasa , berapa pertambahan kerusi PAS PN atau PH yang akan menjulang trofi kemenangan.

Anak anak muda Tiong Hua dikerah balik mengundi termasuk kempen bersama oleh NGO Islam yang sangat dhaif ( yang tak malu suka dikaitkan dengan fikrah Ikhwan ). Pakatan Harapan mengunjurkan jika melepasi 80 peratus keluar mengundi maka mereka akan berjaya membentuk kerajaan negeri Johor.

Gendang PRN Johor ditabuh geger seperti kumpulan heavy metal yang tumbuh di Johor dalam dekad 1980an. Kempen dalam persaingan sengit tiga pemuafakatan politik terbesar tanahair, kemeriahan pesta demokrasi mengocak lahan nurani seperti ditaufan badai musim tengkujuh. Dua minggu tempoh berkempen ini alam medsos seperti tak berhenti mengejek kerajaan paling gagal pernah ditubuhkan semenjak Malaysia merdeka. Suara menekan nekan Anwar di podium ceramah mengundang ejekan warganet terutama anak anak muda , dibilas falasi Anwar dengan Rafizi yang menggunakan PRN Johor sebagai pentas memunculkan parti baru anak- anak muda . Sorak sorai dihimpunan tiga buah blok politik kaki ini sangat menguja akal.

Kebimbangan awam bukan sekadar melihat harga minyak yang tak menentu namun nasib tanahair akibat refleksi perang Teluk ( krisis Asia Barat) yang bakal menatijahkan inflasi yang bakal melonjak dan menghempap sebahagian besar rakyat terbanyak .

Pertumbuhan kitaran KDNK tak stabil, FDI negara juga tak secerah mentari pagi. Seperti majal sial yang datang bertindan tindih, menghempap batu gemala kepimpinan negara, tiga tahun sembilan bulan negara ini tak berhenti daripada rungutan serta bebelan rakyat sejak 22 November 2022. Kegagalan kerajaan Madani menunaikan manifesto PRU 15, tekanan kepada kebebasan menyuarakan pandangan, malah rakyat disergah dengan angkuh apabila meminta kerajaan melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto. Diikuti dengan polisi ‘flip flop’ kerajaan PHBN serta teknik pusingan U yang kerap sehingga menimbulkan kemualan berganda kepada rakyat.

Rakyat Johor bukanlah terlalu benak ubi untuk mengukur kebijakan dasar dasar pemerintahan kerajaan PH yang semenjak sebelum kempen lagi menggunakan pelbagai jentera kerajaan serta rasuah pilihanraya skala besar. Semenjak awal rakyat memerhatikan tingkah laku barisan Menteri yang tak kompeten, anggota legislatif daripada pihak kerajaan dengan keobsesan mereka terhadap pangkat darjat , membina kroni kapitalisme serta polisi yang gagal untuk memakmurkan negara.

Bak “Kabinet lipas” yang menempatkan pelbagai Menteri yang tak piawai, ada yang tanpa kualifikasi kertas, bahkan ada yang jenis pemabuk. Dengan muka tebal seolah bertampal ” kulit babi” ,tanpa rasa malu dengan janji janji reformasi sebelum berada dikoridor kuasa. Mereka cenderung menggunakan apparatus kerajaan untuk menyelamatkan diri, pembohong tahap ketagihan atau Mythomania, serta pelbagai tampang buruk yang lain. ” Patalogikal pembohongan” yang ditampal pada imej pemimpin utama negara langsung tak membantu kerukunan negara ini. Tak pelik jika PMX disorak dihadapan warga FELDA kerana ucapan ” paras rendah” memperlekeh pimpinan terdahulu.

Parti yang memerintah juga saling berantakan , juga kegagalan melaksanakan reformasi menatijahkan lahirnya parti BERSAMA Sebagai saingan sengit kepada PKR dan Anwar sendiri.

Rakyat Johor secara umumnya mencebik kepada politikus asal jalanan ini yang membusung dada dengan pangkat serta gelaran feudal walaupun tak terbukti apa jasa bakti mereka pada tanah watan, bahkan peradaban manusia. Majoriti yang hadir dalam himpunan PH dimonopoli oleh satu kaum yang mendapat laba besar apabila PH berkuasa. Rupanya kelompok politikus jalanan ini apabila mendapat kuasa lebih jahat daripada kerajaan yang mereka cemuh selama ini. Tanpa sedar rakyat memerhatikan mereka, dengan pantas cuba menukar cara hidup sekelip mata sehingga mencuat rasa menyampah rakyat.

Kenyataan media pemimpin yang sering bercanggah diantara satu sama lain, bahkan persaingan dalaman, intriq serta polemik berpanjangan, kecuaian intergriti bahkan ada yang masih tak menguasai potfolio masing-masing walaupun sudah dihujung penggal!. Beras hilang, addendum hilang, segalanya memeritkan rakyat dengan kuasa beli yang semakin mengecil. PMX rajin ke luar negara dengan pelbagai alasan kononnya untuk menarik pelaburan namun rakyat tak melihat ROI. PMX menutur kata kata muluk kononnya perkembangan ekonomi yang baik, ironinya pelbagai subsidi untuk rakyat ditarik balik!.

Penulis berkesempatan berkempen di lapan DUN kali ini, mendengar keluhan pengundi serta petugas pilihanraya. Sejujurnya, di Johor kesenjangan kaum semakin melebar kerana ada kaum yang merasa besar kepala Apabila PHBN memerintah diperingkat persekutuan membuahkan sikap etnosentrism. Mereka berani menggunakan kuasa untuk memperlekeh sijil halal, menukar status tanah tanah kawasan masyarakat bukan bumiputeta bahkan menghidangkan makanan non halal kepada Muslim. Isu penternakan babi di Selangor, sikap biadap pemimpin Dap kepada Sultan Selangor, pengiktirafan UEC, ratusan isu yang lain sangat menganggu tanahair ini . Kerajaan yang rapuh ini menganggu suara bangkangan alam siber, mematikan akaun yang aktif berseberangan idea dengan kerajaan. Ugutan halus, intimidasi kepada anak anak muda pro pembangkang, bahkan menggunakan aparat keamanan untuk terus menekan suara pembangkang bahkan suara anak anak muda yang ” rebel”.

Warga Johor bukanlah terlalu naif untuk menilai kebobrokan dan kebejatan Kerajaan PHBN diperingkat Persekutuan. Regim Madani gagal untuk mengawal limpahan warga asing ke negara ini, PATI mencuri peluang pekerjaan rakyat tempatan terutama anak anak muda. Malah membimbangkan dengan pemberian taraf kewarganegaraan yang tak terkawal terutama dari Tanah Besar China. Dap, sekutu besar serta paling dominan dalam kerajaan ini sangat berminat menjaga portfolio PBT dimana kerajaan negeri yang pakatan ini kuasai. Orang Melayu wajib curiga dengan usaha menstrukturkan semula perbandaran dengan matlamat mengubah demografi politik amatlah merbahaya kepada kaum Bumiputera seolah mengulangi nasib orang Melayu di Pulau Temasik!.

Kerajaan Madani yang ditunjangi PH juga sangat lemah menjaga kontrak sosial negara, contohnya dalam isu penggunaan tulisan mandarin dalam kad KKM di Setapak jelas signal usaha mendobrak kontrak sosial oleh parti pemerintah sendiri. PH juga gagal dalam memartabatkan bahasa Melayu, lihat sahaja sebaran kempen mereka dalam PRN Johor. Sedarlah wahai pengundi Johor, ketidakdaksamaan layanan antara kaum oleh PH. Mereka kelihatan begitu menjaga kaum minoriti yang mendokong kuat mereka, contohnya bantuan 20 juta kepada sekolah persendirian Cina di negara ini ,juga dalam kempen kali ini , curahan projek bernilai ratusan juta untuk kepentingan kaum yang menyokong mereka. Termasuk janji untuk membela kampong kampong baru Cina yang diwujudkan dizaman darurat oleh Harold Brigg.

Warga Johor sekalian, sedarlah , jangan membutakan mata melihat kerosakan akhlak yang makin serius. Kampus universiti dizaman madani menjadi tempat pembiakan budaya seronok melampau, hiburan hedonisme dibajai kerana parti penguasa liberal pragmatis tanpa perhitungan dosa pahala. Dekadensi moral juga makin menyurut kebelakang, 40 konsert besar terus digalang pada tahun 2025 tanpa menghiraukan impak negatif kepada generasi muda. Lihat saja Konsert Rain Rave beberapa bulan lepas telah mengorbankan erti kebudayaan kebangsaan, namun dibilas samak dengan acara Quran madani. Pragmatisme yang mencalar karomah insaniah, kerosakan akhlak bukan dalam vara fikir kerajaan Madani. Konsep Madani dilacurkan sesedap kosa kata!. anak anak dibajai kepada budaya hedonism ketimbang budaya intelektual dizaman edan Madani ini.

Wahai rakyat Johor yang budiman yang pernah membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dalam PRU 14, terutama ahli – ahli NGO berbasis Islam. Kalian masih ada secubit peluang untuk membaiki tanahair dan negeri tercinta ini. Pilihanraya negeri kali ini , PAS PN terus tampil dengan calon-calon terbaik, berakhlak, mempunyai latarbelakang aktivis yang merakyat dalam selukan komuniti Johor. Pilihan di tangan anda, silap memangkah maka implikasinya bukan sekadar lima tahun tetapi terheret kesannya sehingga akhirat. Berikan peluang kepada calon PAS PN menjadi suara semak dan imbang yang berkesan, terus nekad, menolak Pakatan Harapan . Kita jaga Johor!.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI)