MUAR – Pembangunan modal insan yang berteraskan agama, disokong dengan pengimarahan masjid dan pentadbiran berintegriti, menjadi faktor utama Terengganu diiktiraf sebagai antara negeri paling bahagia di Malaysia.
Yang Dipertua PAS kawasan Besut, YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha secara konsisten bagi membudayakan kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat melalui program pengimarahan masjid dan galakan solat berjemaah.
Menurut beliau, program seperti Pahlawan Subuh bukan sekadar kempen bermusim, sebaliknya telah menjadi aktiviti mingguan yang melibatkan pemimpin masyarakat, jawatankuasa masjid dan penduduk kampung bagi menggalakkan kehadiran terutama golongan muda ke masjid.
“Kita turut menyediakan pelbagai galakan kepada kanak-kanak dan remaja yang istiqamah menghadiri solat berjemaah.
“Pendekatan ini berjaya mewujudkan budaya saling mengajak ke masjid dalam kalangan generasi muda,” katanya dalam siaran podcast bersama calon DUN Maharani, semalam.
Beliau berkata, sambutan yang tinggi terhadap kuliah agama dan peranan pendakwah terkenal dalam menyampaikan ilmu turut menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berakhlak, berintegriti serta saling menghormati.
Hishamuddin berkata, keseimbangan antara pembangunan rohani dan fizikal turut menjadi asas kepada kemajuan Terengganu, termasuk pertumbuhan ekonomi yang semakin memberangsangkan menerusi projek strategik seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pembangunan teknologi hijau.
Tambah beliau, kejayaan pentadbiran negeri turut dibuktikan apabila Terengganu menerima pengiktirafan tanpa teguran audit selama empat tahun berturut-turut, sekali gus mencerminkan tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Menurutnya, gabungan pembangunan modal insan, pentadbiran yang baik dan pertumbuhan ekonomi mampan diyakini mampu memastikan Terengganu terus muncul sebagai negeri maju tanpa mengabaikan nilai agama serta kesejahteraan rakyat. Modal Insan Berteraskan Agama Jadi Kunci Terengganu Negeri Bahagia
MUAR, 8 Julai – Pembangunan modal insan yang berteraskan agama, disokong dengan pengimarahan masjid dan pentadbiran berintegriti, menjadi faktor utama Terengganu diiktiraf sebagai antara negeri paling bahagia di Malaysia.
Yang Dipertua PAS kawasan Besut, YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha secara konsisten bagi membudayakan kehidupan beragama dalam kalangan masyarakat melalui program pengimarahan masjid dan galakan solat berjemaah.
Menurut beliau, program seperti Pahlawan Subuh bukan sekadar kempen bermusim, sebaliknya telah menjadi aktiviti mingguan yang melibatkan pemimpin masyarakat, jawatankuasa masjid dan penduduk kampung bagi menggalakkan kehadiran terutama golongan muda ke masjid.
“Kita turut menyediakan pelbagai galakan kepada kanak-kanak dan remaja yang istiqamah menghadiri solat berjemaah.
“Pendekatan ini berjaya mewujudkan budaya saling mengajak ke masjid dalam kalangan generasi muda,” katanya dalam siaran podcast bersama calon DUN Maharani, semalam.
Beliau berkata, sambutan yang tinggi terhadap kuliah agama dan peranan pendakwah terkenal dalam menyampaikan ilmu turut menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berakhlak, berintegriti serta saling menghormati.
Hishamuddin berkata, keseimbangan antara pembangunan rohani dan fizikal turut menjadi asas kepada kemajuan Terengganu, termasuk pertumbuhan ekonomi yang semakin memberangsangkan menerusi projek strategik seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pembangunan teknologi hijau.
Tambah beliau, kejayaan pentadbiran negeri turut dibuktikan apabila Terengganu menerima pengiktirafan tanpa teguran audit selama empat tahun berturut-turut, sekali gus mencerminkan tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Menurutnya, gabungan pembangunan modal insan, pentadbiran yang baik dan pertumbuhan ekonomi mampan diyakini mampu memastikan Terengganu terus muncul sebagai negeri maju tanpa mengabaikan nilai agama serta kesejahteraan rakyat.



























