Datuk Bandar Acapulco, Encik Luis Walton Aburto, berkata beliau akan meminta pemerintah menghantar ejen federal untuk membantu pasukan polis yang tinggal 1,700 anggota setelah pemecatan itu.
Ejen-ejen federal itu akan membantu pihak polis menjaga keselamatan sekitar 800,000 penduduk bandar itu.
Menurut Encik Aburto, pegawai polis yang gagal dalam ujian itu akan dipecat dalam pada Januari.
Masalah rasuah di kalangan anggota pasukan polis kerap berlaku di Mexico dan sentiasa menjadi masalah. Para pegawai yang tidak menerima latihan yang secukupnya dan dibayar gaji yang rendah senang menerima rasuah daripada kartel dadah.
Setiausaha Dalam Negeri, Encik Alejandro Poire, minggu ini berkata terdapat 43,000 pegawai polis setempat dan negara yang gagal dalam ujian amanah dan akan dibuang kerja.
Keganasan berkaitan kegiatan mengedar dadah semakin meningkat di Acapulco sejak insiden pembunuhan ketua kartel dadah, Arturo Beltran Leyva, pada Disember 2009.
Kematiannya mencetuskan pergaduhan antara puak-puak kartel itu.


Ulama Mesir, Wagdi Ghoneim menganggap taufan itu sebagai pembalasan terhadap penerbitan filem anti-Islam yang dilakukan AS sehinggamencetuskan gelombang protes di seluruh dunia pada September lalu.
“Punca dan sebab taufan di AS masih menjadi persoalan dan saya berpendapat ia adalah pembalasan ALLAH SWT terhadap kemungkaran mereka,” katanya.
Kenyataan itu disampaikan melalui laman Twitternya selepas dua hari bencana itu melanda AS.
Manakala ulama Arab Saudi, Salman al-Audah berkata, taufan mengorbankan lebih daripada 140 orang itu, adalah petanda awal untuk mendorong rakyat AS memeluk Islam.
Namun, reaksi berbeza disuarakan mufti besar negara itu, Abdel Aziz Al Sheik apabila menyatakan rasa simpatinya terhadap mangsa bencana.
“Jangan terlalu gembira dengan tragedi itu kerana terdapat mangsa bencana dalam kalangan umat Islam dan mereka turut menderita,” katanya.
Sementara itu, ulama Iran berpendapat, kejadian itu adalah kuasa ALLAH SWT kerana Iran juga pernah mengalami bencana yang sama pada 2003 hingga menyebabkan lebih 26,000 terkorban di bandar Bam.




























