“Sisi Gelap” Piala Dunia FIFA

67

Piala Dunia FIFA 2026 (FIFA World Cup) adalah edisi ke-23 Piala Dunia FIFA dan menjadi yang terbesar dalam sejarah karena diikuti 48 tim (sebelumnya 32 tim). Kejohanan ini berlangsung dari 11 Juni hingga 19 Juli 2026.

Tiga negara menjadi tuan rumah bersama untuk edisi kali ini iaitu, Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Ini adalah pertama kalinya Piala Dunia diselenggarakan oleh tiga negara sekaligus.

Pertandingan kali Ini juga menjadi sejarah apabila Format Baru dilaksakan dengan penglibatan 48 pasuka negar peserta, 12 kumpulan yang masing-masing berisi 4 pasukan.
Juara dan Dan naib kumpulan secara otomatik lolos ke peringkat seterusnya

Dunia Gelap atau Sisi Gelap piala Dunia FIFA adalah merujuk kepada pelbagai kontroversi, skandal dan isu yang pernah mencemari kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

Walaupun Piala Dunia menjadi simbol perpaduan dan sukan global, sejarahnya tidak terlepas daripada tuduhan rasuah, manipulasi, eksploitasi pekerja dan campur tangan politik.

1. Skandal Rasuah FIFA 2015
Pada 2015, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Switzerland mendedahkan skandal rasuah besar melibatkan pegawai FIFA. Lebih 20 pegawai dan sekutu FIFA didakwa menerima rasuah, pengubahan wang haram dan penipuan berkaitan hak pemasaran serta penyiaran bola sepak. Antara kesan terbesar daripada scandal itu adalah beberapa pegawai kanan FIFA ditangkap. Presiden FIFA ketika itu, Sepp Blatter, digantung daripada aktiviti bola sepak.

2. Kontroversi Penganjuran Qatar 2022
Pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 mencetuskan pelbagai persoalan termasuk tuduhan pembelian undi dalam proses bidaan. Selain itu kritikan dilemparkan terhadap layanan kepada pekerja migran yang membina stadium dan infrastruktur. Ia menimbulkan ebimbangan mengenai hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. Walaupun Qatar menafikan sebarang salah laku, isu ini terus menjadi antara kontroversi terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

3. Unsur Politik dalam Bola Sepak
Piala Dunia sering digunakan sebagai alat “soft power” oleh negara penganjur. Contohnya: Argentina menganjurkan Piala Dunia ketika berada di bawah pemerintahan tentera.
Russia dan Qatar dituduh menggunakan kejohanan itu untuk meningkatkan imej antarabangsa mereka.

4. Isu Pengadilan dan Manipulasi Perlawanan
Sejarah Piala Dunia juga dipenuhi kontroversi pengadilan dan tuduhan manipulasi keputusan. Antaranya adalah perlawanan Piala Dunia 2002 yang mencetuskan bantahan kerana keputusan pengadil yang dipersoalkan. Dakwaan terkini mengenai “spot-fixing” melibatkan pertaruhan kad kuning oleh pemain yang bakal beraksi di Piala Dunia 2026. Siasatan masih berjalan dan FIFA menegaskan dasar sifar toleransi terhadap manipulasi perlawanan.

5. Komersialisasi Melampau
Ramai pengkritik berpendapat FIFA semakin mengutamakan keuntungan berbanding pembangunan bola sepak:
Harga tiket yang tinggi. Pengaruh penaja korporat yang besar. Keputusan yang dilihat lebih berasaskan keuntungan komersial.

Walaupun Piala Dunia FIFA kekal sebagai acara sukan paling popular di dunia, namun di sebalik kemeriahan dan keindahan bola sepak, terdapat sejarah panjang kontroversi yang melibatkan rasuah, politik, hak asasi manusia dan kepentingan komersial. Skandal-skandal ini menjadi peringatan bahawa sukan global juga tidak terlepas daripada cabaran integriti dan tadbir urus.