Guru SJK(C) Disantuni, PAS Hargai Pengorbanan Pendidik

34

DUNGUN, 20 Mei –Sambutan Hari Guru diraikan setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru yang menjadi tunjang dalam melahirkan masyarakat berilmu serta pembangunan negara.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional(LPN) PAS Dungun, Serena Lim Abdullah berkata menjadi agenda tahunan pihaknya bersama JPKK Sungai Penaga mengagihkan kek kepada guru di Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Kwang Hwa, Kuala Dungun.

“Walaupun berbeza agama, bangsa mereka tetap memainkan peranan besar dalam membentuk generasi pewaris negara agar menjadi pemimpin cemerlang pada masa hadapan serta mampu menerajui negara yang disayangi dan dihormati,” ujarnya.

Puan Serena Lim Abdullah ( kiri)

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas agihan tersebut Di sini, pada Selasa 19 Mei.

Katanya, pemberian kek tersebut mungkin kecil nilainya, namun ia lahir daripada rasa kasih, penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang saban hari berkorban masa serta tenaga demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik,” katanya.

“Jasa guru tidak mampu dibalas dengan wang ringgit kerana merekalah insan yang membina asas ilmu, sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Program tersebut turut mendapat sambutan baik daripada warga pendidik yang berasa dihargai dan tersentuh dengan ingatan serta penghormatan yang diberikan sempena Hari Guru tahun ini.