Tiada Kuasa Dunia Boleh Memaksa Iran Menyerah Kalah!

33

Tiada kuasa di dunia yang boleh menjatuhkan negara Iran, mengkritik piawaian berganda dalam sistem antarabangsa dan mengutuk tindakan ketenteraan terhadap negara berdaulat.

Presiden Masoud Pezeshkian berkata tindak balas ketenteraan tegas Iran terhadap Amerika Syarikat dan rejim Israel yang melancarkan perang sejak 28 Februari, memaksa mereka menerima gencatan senjata selepas 40 hari ‘bertarung’.

“mereka menyerang tanpa provokasi ke atas Iran , membunuh Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei dan komander tentera tertinggi.

“Walau bagaimanapun, sebarang percubaan untuk memaksa kehendak atau memaksa Iran tunduk pasti akan gagal, dan negara Iran tidak akan pernah menerima pendekatan sedemikian,” jelassya.

Pezeshkian berkata demikian ketika berucap semasa lawatan pada Rabu ke pelbagai jabatan Pertubuhan Kecemasan Wilayah Tehran.

Beliau menegaskan, Iran tidak mahukan peperangan atau ketidakstabilan dan sentiasa menekankan dialog dan penglibatan yang membina dengan negara lain.

Beliau menekankan agar, semangat sama mesti wujud kalangan orang ramai, pengurus dan penyedia perkhidmatan, untuk mengukuhkan kuasa negara, sambil menambah, “Dalam keadaan sedemikian, tiada kuasa yang akan dapat menjatuhkan negara ini.”

Menyoroti prestasi Jabatan dan organisasi terbabit, terutamanya semasa perang pencerobohan AS-Israel, Presiden Iran itu menyifatkan perkhidmatan kecemasan sebagai tonggak utama pengurusan krisis negara dan penjamin perkhidmatan penting dalam keadaan sukar.

Beliau menekankan kepentingan perpaduan nasional, dengan menyatakan bahawa “perpaduan yang tiada tandingan dan teladan” rakyat Iran semasa perang 40 hari telah menggagalkan objektif musuh. – sumber IRNA