Kehadiran Meriah Jamuan Raya Tanda Sokongan Kukuh Masyarakat

393

DUNGUN – Kehadiran lebih 3000 pengujung ke jamuan raya DUN Rantau Abang mencerminkan sokongan kukuh masyarakat
terhadap usaha memupuk perpaduan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, ia adalah platform terbaik untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. sebagai simbol perpaduan dan kebersamaan.

“Program tahunan itu menjadi medan penting buat masyarakat setempat untuk berukhuwah, bertemu mata dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana Aidilfitri yang penuh keberkatan.

“Inilah keindahan sebenar Aidilfitri, bila semua dapat berkumpul dalam suasana mesra dan penuh kasih sayang,” katanya.

Ustaz Mohd Fadhli yang Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas Majlis Jamuan Raya DUN yang diadakan di Padang Bola Kampung Baru Kuala Abang di sini pada 28 Mac.

Menurutnya, sebanyak 12 Unit Daerah Mengundi (UDM) telah mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai juadah istimewa kepada para pengunjung.

“Tidak ketinggalan, setiap UDM turut menghias ‘booth’ masing-masing mengikut tema flora dan fauna yang menambahkan lagi kemeriahan suasana,.

“UDM Che Lijah sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya dinobatkan sebagai juara hiasan terbaik, sekali gus mengekalkan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir serta pihak yang menjayakan program tersebut.

“Terima kasih kepada tetamu yang hadir, ini membuktikan bahawa sokongan masyarakat Rantau Abang sangat kompeten dan sentiasa bersama dalam menjayakan program seperti ini,” ujarnya.