yang dilengkapi seni mempertahankan diri.
Portal berita milik pemerintah Iran, YJC.ir, memetik Encik Ali Akbar Kasaeian, jurucakap panel mahkamah tersebut, sebagai berkata bahawa Parisa Hafezi, seorang warga Iran, telah didakwa melakukan kesalahan berkaitan propaganda dalam video yang dikeluarkan pada Februari lalu, yang mulanya membawa tajuk berita yang menyatakan bahawa wanita-wanita itu sedang berlatih sebagai “pembunuh ninja”.
Stesen televisyen Iran, Press TV, turut melaporkan keputusan mahkamah itu.
Tajuk berita Reuters kemudian ditukar tetapi ia mengakibatkan biro Reuters di Teheran itu digantung pada Mac lalu.
Kebanyakan kakitangan Reuters telah dipindahkan ke Dubai, tetapi Hafezi tidak dibenarkan meninggalkan Iran.
Cik Barb Burg, seorang jurucakap Reuters, berkata: “Kami difahamkan bahawa pihak juri telah menyatakan pandangannya dan kami sekarang sedang menunggu keputusan mahkamah. Kami tidak mahu mengulas lebih lanjut sehingga keputusan itu dikeluarkan.”
Satu kenyataan oleh mahkamah berkenaan dijangka dibuat dalam masa seminggu.
Mahkamah media itu jarang sekali menangani kes penyedia berita antarabangsa, tetapi sering mengeluarkan keputusan menentang media dalam negeri kerana beberapa pelanggaran yang boleh dikenakan hukuman denda, penutupan operasi atau penjara.
Minggu lalu, akhbar berhaluan sederhana, Shargh, telah diarahkan supaya ditutup kerana menerbitkan karikatur yang dianggap golongan tegar di negara itu sebagai satu penghinaan ke atas para veteran perang Iran.
Pada masa lalu, pihak berkuasa Iran telah membatalkan bukti kelayakan kakitangan media asing atau menghantar pulang kakitangan asingnya berhubung laporan yang dilihatnya sebagai tidak menyenangkan, seperti wawancara dengan beberapa tokoh pembangkang negara itu.
Selepas pemilihan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada 2009, Mahkamah Revolusi Iran yangbegitu berkuasa mengendalikan keskes berprofil tinggi, termasuk kes wartawan berketurunan Iran-Canada, Encik Maziar Bahari dari majalah Newsweek, yang dibebaskan dengan ikat jamin AS$300,000 ($368,787) pada Oktober 2009 selepas hampir empat bulan ditahan. – AP.





























