بسم الله الرحمن الرحيم
Sudah berlalu sebelas tahun kembalinya Abu Bakar kepangkuan Rabb nya yang Maha Agong. Air tangannya masih berdiri utuh . Maahad Tahfiz, masjid semua itu didepan mata yang membuat kenangan terpahat kukuh.
Zuriat yang ditinggalkan juga sudah semakin dewasa sedang melebarkan sayap masing masing mencari
hala tuju. Syukur pada Mu ya Allah diatas segala kunia dan anugerah yang tiada terhingga ini.
Harap saya semoga mereka mengenang perjuangan ayahanda mereka dan berusaha mengikuti jejak beliau. Biar pun trek perjalanan perjuangan hari ini sudah agak berbeza tetapi matlamatnya adalah sama. Kerja jihad adalah kerja orang yang sanggup menempuh cerita. Kurang harta benda, kurang masa bersenang2 dengan ahli keluarga, kekadang menerima celaan dan kata nista dari orang orang yang membenci perjuangan ini.
Jadikan diri kita mata rantai rantai perjuangan. Penyambung kerja orang dahulu dari kita. Dan kerja kerja kita disambung pula oleh orang orang kemudian. Semoga nama kita tercacat sebagai orang yang berusaha mengangkat agama Allah ini. Walau pun tidak dikenang oleh manusia. Cukuplah Allah sebagai saksi.
Sebelas tahun hanya angka. Hakikatnya Allah sahaja yang Maha Tahu betapa kami merasa kelompangan setelah perginya Abu Bakar. Rasa sepi yang sangat menyeksa. Rasa kurang yang tidak boleh ditampung . Pergi yang tidak mungkin kembali.
Ujian Allah itu ada hikmatnya. Supaya kita tidak bergantung harap kepada manusia. Allah berkehendak kita meletakkan seluruh kehidupan kita kepadanya sahaja.
Mohonlah padaNya. Pintalah apa sahaja. Merayulah. Curahkanlah semua yang terkandung dalam dadamu. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat. Allah Maha Baik. Allah. Maha Pengasih. Allah Maha Peduli. Serahkanlah duniamu kepadanya semoga Dia mengurniakan akhirat kepadamu.
Sekian……
Zaitun






























