PAS Kekal Komited Dalam PN, Tiada Rencana Bergerak Solo

189

KUALA TERENGGANU – PAS menegaskan tiada rancangan untuk bergerak secara solo walaupun berlaku pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata parti terus memberikan komitmen penuh pada semua peringkat kepimpinan tertinggi dan menumpukan usaha memperkukuhkan PN.

“Kita sentiasa memberikan komitmen oleh keseluruhan peringkat kepimpinan tertinggi parti Telah membuat penyataan bahawa antara perkara yang paling besar yang kita nak buat sekarang ini adalah memperkukuhkan perikatan nasional.

Jadi tidak timbul untuk kita nak betul bergerak secara solo,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MOA Yayasan Terengganu bersama Batik Air, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad Samsuri menambah, PAS sedar akan realiti politik semasa dan strategi utama mereka adalah untuk mengekalkan kestabilan dalam perikatan yang sedia ada.

Mengenai konflik kepimpinan PN, beliau berkata penyelesaian akan dicapai apabila mesyuarat PN dan Majlis Tinggi PN diadakan, namun tarikh sebenar masih belum diketahui.

Berhubung dakwaan pelantikan Dato’ Seri sebagai pengerusi PN, beliau enggan mengulas lanjut dan menegaskan perkara itu akan dibincangkan pada masa yang sesuai.

“InsyaAllah bila mesyuarat PN diadakan, majlis tinggi PN diadakan yang datangnya saya pun saya tak tahu bila dapat diselesaikan insyaAllah.

“Itu saya tak tahulah, saya bukan ahli mesyuarat lagilah,” ujar beliau.