Strategi Bersepadu Muslimat Pemangkin Kemenangan PRU16

339

ALOR SETAR – Kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-16 tidak boleh hanya bergantung kepada gelombang sokongan semata-mata, tetapi menuntut perancangan tersusun dan strategi bersepadu di semua peringkat Muslimat

Perwakilan Terengganu, Ustazah Norzila Mohamad (Gambar atas) menggariskan enam perkara, gagasan bagaimana seharusnya “Muslimat Mengemudi PRU16 dan Memacu Politik Negara”

“Strategi pertama adalah pengukuhan jati diri dan kepimpinan, ianya dengan penganjuran bengkel latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang politik, komunikasi dan teknologi,

“kedua, memberi pencerahan isu dan penceritaan yang mengangkat isu berkaitan wanita, keluarga dan pendidikan agar kelompok ini terbela di lapangan politik,” terang beliau

Ketua Muslimat Hulu Terengganu itu berkata demikuan ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke 65, di sini semalam

Selain itu, kata beliau, pendekatan lapangan dan medan media sosial perlu diperkasa di peringkat akar umbi serta memanfaatkan platform digital bagi mendekati generasi muda,.

Katanya, kolaborasi dan diplomatik siasah perlu dilazimi dengan menjalinkan kerjasama erat bersama NGO wanita, belia dan masyarakat sivil.

“Sebagai persediaan PRU16, jentera mestilah digerakkan lebih awal dengan strategi yang mantap bagi memastikan kemenangan berterusan,

“Muslimat perlu menjadi penggerak utama, kerana kemenangan yang hakiki hanya akan tercapai dengan strategi yang kukuh, kepimpinan yang berwibawa dan kerja buat yang istiqamah,” tegasrnya.

Okeh itu, beliau menambah, segala usaha yang diambil bukan semata-mata untuk merebut kuasa, tetapi bermatlamat mempertahankan agama, menjaga kebajikan masyarakat tanpa mengira agama, serta memelihara tanah air tercinta.