Terengganu, Malaysia

Muktamar Penting Untuk Perancangan dan Muhasabah Jemaah

zuraida-696×627

Oleh ; R

KUALA TERENGGANU – Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia merupakan medan penting untuk merencana hala tuju parti dan memperkukuh perjalanan jemaah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu, Hajjah Zuraida Md Noor berkata, seramai 10 orang perwakilan dan pemerhati akan hadir ke Muktamar Tahunan kali ke-65 yang dijadualkan berlangsung pada 13 dan 14 September ini di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

“Muktamar adalah aktiviti yang sangat penting dalam merencana perancangan parti dan pada masa yang sama menjadi medan muhasabah bagi menambah baik perjalanan jemaah ini.

“Perbahasan dan perbincangan yang berlaku di pentas muktamar amat penting supaya dapat menghasilkan keputusan yang baik dan tepat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Zuraida turut menzahirkan harapan agar muktamar kali ini dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah dan mempertegaskan iltizam perjuangan Muslimat dalam mendukung agenda parti di semua peringkat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan