KUALA TERENGGANU – Ziarah dan program Kebajikan menjadi rutin wakil rakyat PAS, membuka ruang untuk mendekati dan menyantuni masyarakat dengan lebih dekat, khususnya insan-insan yang sedang diuji Allah.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, YB Dato’ Dr Alias Razak berharap, mereka tetap tabah dan cekal menjalani kehidupan.
“Sebahagian daripada mereka berdepan ujian kesihatan seperti penyakit buah pinggang, strok, gangguan saraf, kecederaan patah tulang serta kencing manis.


“InsyaAllah, segala usaha digerakkan setakat kemampuan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlmen Kuala Nerus.berkata demikian selepas program Sembang Kopi dan Ziarah Cakna Ahli Parlimen, semalam.
Menurutnya, program tersebut melibatkan enam buah rumah di Kampung Kubang Badak dan Kampung Wakaf Baru, DUN Seberang Takir.


Sementara itu, Yang Dipertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menziarahi Shaikh Ahmad @ Mohd bin Salim di rumahnya di Kampung Alur Tembesu.
“Shaikh Ahmad baru sahaja keluar dari wad, setelah menerima rawatan akibat masalah kesihatan yang dialami sejak kebelakangan ini.,
“Insya-Allah, semoga Allah swt mengurniakan kesembuhan seperti sediakala, diberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat-Nya. Aamiin,” doa beliau.




























