Bintang Manchester City, Yaya Toure yang beragama Islam telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak Afrika untuk kali ketiga berturut-turut sejak 2011.
Pemain Nigeria John Obi Mikel menduduki tanga kedua, diikuti Didier Drogba dari Ivory Coast.
Beliau pemain kedua selepas Samuel Eto’o (Cameroon, 2003-2005) yang memenangi anugerah itu tiga kali berturut-turut.
Pemenang anugerah dipilih oleh jurulatih pasukan nasional dan pengarah teknikal di Afrika.
Toure telah pun menjaringkan 13 gol setakat ini, jumlah gol semusim yang paling banyak pernah dijaringkannya sepanjang kerjayanya.
Beliau juga satu-satunya pemain Afrika yang dicalonkan dalam senarai 23 pemain untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa. – AFP