Wau Juga Perlu Pembahagian Yang Adil

1127

Menurut Pegarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, permainan wau juga perlu kepada pembahagian yang adil.

“sekiranya pembahagian yang kita buat tidak adil antara kiri dan kanan sudah tentu wau kita tidak akan naik dengan cantik, semuanya perlu kepada komitmen, penelitian dan pemerhatian yang tinggi,

“begitu juga sekiranya kita mahu membangunkan masyarakat yang baik dan Negara yang baik,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Wau Peringkat Unit Peti Undi Wakaf Tapai, dekat sini pada Jumaat petang,  25 Mei.

Katanya, Islam yang dibawa PAS mengemukakan agar masyarakat dapat hidup dalam harmoni dan sejahtera.

Beliau berkata, masyarakat yang dilahirkan dengan kebendaan dan fizikal sahaja akan menjadi tempang tanpa pembangunan rohani dan spiritual.

“kalau masyarakat hari ini hanya diberi penakan secara fizikal dan kebendaan sahaja, tanpa rohani dan spiritual,

“maka masyarakat yang lahir adalah masyarakat yang tempang dan ‘mandul’, yang akan menempa pelbagai masalah,”jelasnya.

Oleh itu, menurutnya, dalam semua perkara berkaitan dengan kehidupan manusia ini mestilah kembali kepada acuan yang ditetapkan oleh Allah SWT, acuan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang bekerjasama khususnya pemuda yang menganjurkan pertandingan wau tersebut.

Menurutnya lagi, tanpa kerjasama dari semua pihak, adalah mustahil pertandingan tahunan wau tersebut dapat diadakan dengan penyertaan lebih seratus orang terdiri dari para penduduk dalam Unit Peti Undi tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=UpwPfUhuOdE