Waspada Dalam Mencari Keperluan Hidup Dunia

814

Syirik adalah menjadikan sesuatu yang lain selain Allah, sebagai ‘ilah’ atau tuhan, iaitu menjadikan kehidupannya selain dari mengabdikan diri kepada Allah, tetapi mengabdikan juga dirinya kepada sesuatu perkara yang lain.

Syirik adalah satu perbuatan yang tidak diampunkan oleh Allah, sebagaimana firmanNya dalam al-Quran surah an-Nisaa’ ayat 48, yang bermaksud ;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syrik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu (syirik), bagi siapa yang dikehendaki-Nya.”

Antara perkara syirik itu adalah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan, firmah Allah dalam surah al-Jaasiyah yang bermaksud;

budget_malaysia_1610_600_400_100“Apakah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah (tuhan)nya? Dan Allah membiarkannya sesat padanya atas pengetahuannya, dan Dia (Allah) memeterai pendengarannya dan hatinya, dan dijadikan-Nya (Allah) penutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

“Dan mereka berkata: ‘Tidaklah ini kecuali kehidupan kami di dunia sahaja, kami mati dan kami hidup, dan tidak ada yang membinasakan kami selain masa.’ Dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja,”

Hawa nafsu itu bukan sahaja keperluan seks, tetapi juga kehendak-kehendak untuk makan, minum pakaian, rumahtangga dan lain-ain keperluan kehidupan dunia.

Dalam kehidupan moden yang mencabar ini, kita semu harus berwaspada kerana, lebih banyak masa yang kita habiskan mencari keperluan dunia, melebihi keperluan kita terhadap Allah SWT.

Sedangkan kita telah berjanji pada setiap solat kita, sebagaimana ia menjadi bacaan dalam doa iftitah yang didalmbil dari al-Quran surah al-An’am ayat 162 yang bermaksud;

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Dalam al-Quran juga Allah berfirman dalam surah Azzariyat ayat 56, yang bermaksud; “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaku.”