Warga Emas Aktif Sepak Takraw, ‘Otai’ Masih Berbisa

44

Oleh : Aqil Muhd

HULU TERENGGANU – Usia emas tidak menghalang Ahmad Ismail ,69, menyertai sukan Sepak Takraw dan memiliki kebolehan bermain luar biasa sehingga digelar sebagai ‘Otai masih berbisa’.

Beliau telah menerima sijil Penghargaan dan sedikit sumbangan wang tunai daripada Urusetia Kejohanan Sepak Takraw Tertutup DUN Ajil, baru-baru ini.

Ahmad yang lebih mesra di panggil “Pok Mat” berkata , dia mula menceburi sukan itu pada usia 18 tahun di Kampung halamannya Felda Tersat.

Selain Sepak Takraw dia juga bermain Bola Sepak dan percapaian tertinggi beliau mendapat tempat Naib Juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Telemong.

“Saya talah bermain sukan Sepak Takraw selama 51 tahun , baru-baru ini saya bermain bersama pasukan Kampung Cheting dan mendapat tempat Naib Juara,” ketika ditemui.

Selain itu, beliau juga berkongsi rahsia untuk kekal cergas, dengan kurangkan minum atau makan manis dan tidak pernah minuman berais.

”Air sejuk dan selalu mengamalkan minum air kosong, bermain setiap hari juga salah satu cara dapat mengekalkan stamina, untuk kekal cergas supaya badan kekal aktif sepanjang masa.” jelasnya.

Menurut Pok Mat , dia merasai pelbagai pengalaman dan cabaran sepanjang 51 tahun bermain Sepak Takraw ini , beliau juga merasa beruntung apabila ahli keluarga juga sentiasa memberi semangat untuk kekal bersukan.

“Banyak pengalaman dan cabaran yang terpaksa saya hadapi sepanjang bermain sukan ini antaranya saya pernah cedera di bahagian kaki,” tambah beliau.