Usaha Murni PAS DiPandang Dengan ‘Kaca Mata Hitam’ Oleh Umno-BN

747
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita18/uht.jpg

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Ustaz Harun Taib, kerajaan seringkali tidak mengambil peduli dan memandang sinis kepada PAS keranasentiasa melihat PAS dengan’kaca mata hitam’.

“mereka (Umno dan BN) sentiasa melihat dengan kaca mata hitam,”katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kali ke-51 yang diadakan di Perdana Beach Resort, Panti Chaya Bulan, di sini pada Khamis 15 November.

Sehubungan itu, Ustaz Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir menolak tanggapan negatif terhadap perlaksanaan Islam sebagaimana pernah dinayatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau menegaskan, pelaksanaan hudud akan menambah peluang pekerjaan kepada rakyat dan bukannya menyebabkan hilang mata pencarian, bahkan banyak pekerjaan baru wujud termasuk untuk penyiasat dan individu untuk melaksanakan hukuman.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/ulamak%20Trg.jpg“Kalau buat hudud, orang kerat tangan (kita) kena latih. Ramai (dan) banyak jawatan baru. Penyiasat pun kita kena latih.

“Orang minum arak, kita kena sebat dengan rotan kena ada latihan pulak, tak boleh pukul sembarangan. Jadi banyak jawatan-jawatan (baru akan muncul),” katanya.

Ustaz Harun turut mengulas dakwaan bahawa jumlah pelancong yang melawat negara ini akan berkurangan apabila kilang arak ditutup ekoran pelaksanaan hukum Islam itu.

Katanya, tindakan penutupan kilang “lagi bagus” kerana menurutnya, “orang barat datang bukan nak minum arak, kampung dia lagi banyak daripada kampung kita”.

“Jadi kita boleh diri kilang lain pulak. Buat kilang jus rambutan, jus mangga dan banyak lagi. Akhirnya dihantar ke luar negara, orang putih tak payah datang sini,” katanya.

Katanya lagi, usaha PAS untuk menerangkan mengenai isu hudud bagaimanapun terhalang dengan peranan “ulama jahat” dan “ulama fulus” yang didakwanya digunakan menewaskan hujah ulama PAS.