Umat Islam Wajib Bantah Kedatangan Trump!

64

KUALA TERENGGANU – Umat Islam wajib membantah kedatangan Trump yang juga sekutu rapat Israel dan wajib bersatu mendesak Amerika Syarikat (AS) dan rejim Haram Israel bebaskan semua tawanan GSF, tiada kompromi demi tanah mulia Palestin.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat YB Dr Riduan Mohd Nor berkata, Amerika Syarikat (AS) dengan pelan danai yang dikemukakan, Trump sebenarnya ingin mematikan pengaruh Hamas di Gaza.

“mereka angkuh Dan silap. Dalam cermin sejarah al-Qassam, sayap tentera Hamas telah melakukan perlawanan yang hebat.

“Nama gerakan Islam menjadi sebutan apabila mereka berjaya menjadikan Israel sebagai kambing yang ketakutan,” ujarnya

Beliau berkata demikian mengulas unjuk rasa yang berlangsing dihadapan Kedutaan AS sejak Khamis.

Menurutnya, walaupun Gaza dikucilkan oleh masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara Arab yang menjadi pak turut Amerika, Hamas terus berdada dengan izzah menentang negara haram Yahudi.

“Briged al-Qassam, sayap tentera mereka terus menjadi bualan anak muda Islam dan dibanggai insan yang beriman.

“Obligasi mereka ialah untuk mendapatkan kembali al-Quds, setiap inci tanah Palestine yang dijarah Zionis, unjurannya 2027 mereka akan menawan sepenuhnya tanah suci Palestin,” jelas ADUN Jerteh itu.

Mengimbau dua tahun perang Israel-Hamas, kata beliau, walaupun dengan sejuta halangan, mehnah dan tribulasi terus, Hamas menghantar isyarat kemenangan kepada dunia Islam.

“samada kita semua peduli atau tidak, mereka tetap akan berjuang untuk mengembalikan bumi yang menjadi kiblat pertama umat Islam,

“Antara yang terpahat dalam arca kemenangan al-Qassam ialah dalam perang dua tahun taufan Al- Aqsa Israel mengaku kalah dan mengangkat bendera putih.,” tegasnya.

.

Tambah beliau, roket pasukan elit tentera Hanas telah berjaya menghujani Tel Aviv, Haifa, Ben Gurion, Ashkeloon, Ashdod dan bandar-bandar yang lain.

“Gerakan Islam ini akan terus menjadi wira ummah, mereka akan kekal direlung hati kita yang paling dalam, menjadi belahan jiwa kita dengan kucuran kasih sayang dan doa kita semua.

“Sesiapa yang memusuhi mereka maka akan turut dimusuhi kita semua terutama syaitan Besar Amerika!!,” ujar beliau