Tingkatkan Prestasi Pasukan Bola Sepak Terengganu

1925

MARANG – PAS mencadangkan agar dilakukan rombakan kepada pengurusan pasukan bola sepak negeri Terengganu agar dapat dipertingkatkan prestasinya dan menjadi juara.

Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Mohd Nor Hamzah berkata, kali terakhir Terengganu berjaya menjadi juara adalah pada tahun 2001, ketika PAS menjadi kerajaan negeri.

“sekiranya kita menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, In sya Allah kami juga memberi jaminan untuk berusaha memperbaiki pasukan Terengganu,

“supaya berjaya merampas semula piala Malaysia sebagaimana lalu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas bersama-sama penduduk setempat menyaksikan pertandingan akhir Piala Malaysia di Dataran Kampung Laut, pada Sabtu malam, 4 November.

Gambar – Ustaz Mohd Nor menyampaikan hadiah cabutan bertuah yang turut diadakan sempena program tayangan ‘skrin besar’

Menurutnya, tayangan ‘skrin besar’ tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat, menunjukkan minat kepada bola sepak dan semangat kesukanan yang tinggi.

Disamping itu, kata beliau, pada waktu rehat perlawanan, turut diadakan dailoq isu semasa tentang Manifesto Pilihan Raya PAS Terengganu.

Katanya, PAS menawar 15 Manifesto, sebagai janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU ke-14.

“antara yang kita (PAS) janjikan ialah untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat tahun dan akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam milik negeri bagi menggantikan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

“kita juga akan memberi bekalan air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah setiap bulan,” jelasnya.