Tiket Perlawanan Akhir; Tidak Ada Permainan Politik

2428

Oleh : Zzz

KUALA TERENGGANU – Tiada campur tangan politik dalam agihan dan jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di negeri ini

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, ia diuruskan oleh Jawatankuasa sedia ada.

“Tidak ada campur tangan politik, tak ada (keutamaan) warna hijau ke, biru ke, oren atau apa, kita membawa warna putih hitam (Terengganu),

“Jawatankuasa telah agihkan mengikut daerah, kelab penyokong, persatuan sukan individu bekas-bekas pemain yang membuat permohonan,” tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh yang juga itu berkata demikian pada sidang media hari ini, Rabu 25 Oktober.

Beliau berkata demikian selepas mengucapkan selamat jalan kepada para pemain Terengganu, di lapangan terbang Sultan Mahmud.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu memberikan respon tersebut berikutan kekecohan yang dilaprkan berlaku ekoran ‘kaki bola’ yang berebut-rebut untuk membeli tiket di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sekitar empat hingga lima ribu penyokong pasukan Terengganu hampa apabila hanya dua ribu keping tiket sahaja yang dijual di kaunter stadium terbabit.