Tiga Pengadil Bolasepak Bersalah Terima Rasuah ‘Seks’

1035
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Ali-Sabbagh.jpg

Seorang hakim mahkamah daerah Singapura Hakim Low Wee Ping, pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara kepada pembantu pengadil Eid Ali, 33, dan Abdallah Taleb, 37, selama tiga bulan.

Bagaimana pun, Hakim berkata kedua mereka boleh dibebaskan oleh kemudian pada hari Isnin atau Selasa, selepas berkelakuan baik dan kerana masa yang lama menunggu hukuman.

Bagi seorang lagi yang didakwa, Ali Sabbagh, 34, (gambar) beliau menjatuhkan hukuman tertunda sehingga Selasa, yang didakwa oleh pendakwa raya sebagai orang yang paling bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Asoka Markandu berkata, Sabbagh digambarkan sebagai “paling bersalah” antara tiga kerana beliau adalah yang berjumpa dengan pihak sindiket dan kemudian memujuk dua pengadil tersebut menerima rasuah seks.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap dan didakwa pada 4 April lalu dengan dakwaa rasuah menerima nikmat seksual sebagai pertukaran untuk bersetuju menetapkan satu perlawanan bola sepak.

Ketiga-tiga mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di penjara Changi Singapura sejak 4 April.

Eric Ding Si Yang, 31, seorang ahli perniagaan Singapura yang didakwa membekalkan pelacur, juga telah didakwa dengan rasuah.