Terapi Bunga Mawar

2087

KUALA TERENGGANU – Disebalik menanam bunga mawar sebagai hobi, sebaliknya kegiatan masa lapang itu mempunyai banyak manfaat terutama dari segi terapi.

Pengarah Zety Roses Legacy Sdn Bhd, Dr Sharifah Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad berkata, dalam konteks psikologi, setiap warna bunga mawar memberi makna yang berbeza-beza yang membawa unsur-unsur teraputik.

“Mawar merah memberikan rasa cinta dan romantik, merah jambu dapat menimbulkan rasa terinspirasi, oren menyumbangkan rasa bertenaga dan semangat, kuning menyebarkan rasa gembira dan seronok,” terangnya ketika bersiaran di Lubna TV pada18 Mac lalu.

Dr. Sharifah Zety di kelilingi bunga mawar pelbagai warna yang mendamaikan.

Menurutnya, warna juga memberi kesan berbeza-beza terhadap fizikal, emosi, kognitif, intelektual dan spiritual kita.

Katanya, pandangan sains fizik menyatakan, haruman bau bunga juga memberi kesan yang baik kepada mereka yang tertekan, stress, mempunyai masalah insomnia, jiwa yang celaru dan emosi yang tidak stabil.

“daripada bauan itu boleh meminimakan rasa tertekan, meningkatkan konsentrasi dan meningkatkan perjalanan darah dalam badan.

“Juga penting kepada otak dimana otak merupakan pusat utama yang menguasai segala tenaga getaran dalam tubuh. Wangiannya yang harum akan menyegarkan dan memberi kesan penenang kepada otak, memberi tenaga kepada otak untuk bekerja secara optimal,” katanya.

“Dengan menanam bunga-bunga ros dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemu bual oleh pengacara LubnaTV, Emizarina

Disamping membuang unsur tenaga negatif, tambah beliau, ia meningkatkan tahap tenaga getaran di dalam otak yang membolehkan sel-sel terbina semula.

Walau bagaimanapun, katanya, apa yang paling penting dengan menanam bunga tersebut dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan kecantikannya yang pelbagai mengingatkan kita kepada kebesaran ciptaanNya.

“Bukan sahaja apabila ianya hidup dengan subur, kita bersyukur, malah apabila bunga ini mati pun kita sepatutnya bersyukur. Ini untuk membuktikan bahawa yang hidup pasti mati sama seperti bunga ros, ” jelasnya.

Ikuti temubual dengan Pengarah Zety Roses Legacy Sdn Bhd, Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamad di fb Lubna TV
https://www.facebook.com/101494628464776/videos/2973744346195962/?sfnsn=mo