HULU TERENGGANU – PAS Terengganu kesal tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mahu membina hotel dan perkedaian di Kuala Berang serta menjadikan tanah masjid Sultan Mahmud sebagai tapak tangki najis pembagunan itu.
Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tanah yang asalnya adalah milik individu, diambil semula oleh kerajaan untuk tujuan kawasan tempat letak kereta masjid itu.
“bahkan salah seorang daripada mereka (pemilik asal) antaranya Zaharah Bt Embong yang dibayar sebanyak RM3.2 juta (dan) tanah itu diwakafkan balik kepada MAIDAM,
“tetapi kita tengok tanah ini nak dibuat pembinaan hotel dan perkedaian (yang sepatutnya) adalah kawasan ‘parking’masjid,
“yang malang lagi, dua pembangunan yang dirancang itu, ‘septic tank’ (tangki najis) akan dibuat diatas tanah masjid,”jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Berang pada Khamis 26 Januari sempena lawatan Dewan Harian PAS Terengganu ke kawasan Parlimen, di sini.
Oleh itu, beliau berkata, PAS membantah tindakan membangunkan kedua-dua premis tersebut kerana menggunakan tanah, yang sebahagiannya diwakafkan oleh orang ramai untuk tujuan masjid.
“sudahlah diambil kawasan yang telah diwartakan oleh keranaan negeri, diambil dari individu dengan bayaran RM3.2 juta……..dan (pada) asalnya (ada anggota) masyarakat yang mewakafkan (tanah) kerana kerajaan untuk membina masjid,
Menurutnya, ia bukan sahaja akan mengganggu keharmonian masjid bahkan tanah masjid itu akan ‘tercemar’ kerana tangki najis yang akan dibina.
Selain perkata tersebut, ADUN Paka itu merasa pelik kerana rancangan pembangunan itu seolah-olah dibuat dengan tergesa-gesa oleh pihak berkenaan dan mahu memulakannya sebelum pilihan raya, sedangkan belum di luluskan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Trengganu.
“kita harap pihak kerajaan peka dengan isu ini dan menghentikan segera pembangunan yang sedia ada sekarang ini,”tegas Ustaz Satiful.
https://youtu.be/RpiRu0HRp2w
Berita Sebelum Ini;
Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel