Tahniah Azizulhasni, Doakan Jadi Juara

1656

Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah keatas pelumba Keirin negara, Azizulhasni Awang yang menduduki ‘ranking No 1’ Dunia dalam senarai yang dikeluarkan oleh Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) hari ini.

save gaza azizul hasni1Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan Pemuda Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia adalah bukti anak Malaysia mampu menjadi terbaik.

“Kejayaan buat Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne ini diraih dengan mengungguli takhta dengan 508 mata, diikuti François Pervis dari Perancis dengan 504 mata dan ketiga Edward Dawkins dari New Zealand sebanyak 494 mata.

“Kejayaan ini membuktikan anak Malaysia mampu menjadi yang terbaik di dunia menerusi acara sukan yang memerlukan kekuatan fizikal,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Pemuda PAS mendoakan kejayaan buat Azizulhasni dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan.

“Doa kami rakyat Malaysia buat Azizulhasni Awang,”tambah beliau