Sukan Pantai Fastaqim 2.0 Tinggalkan Memori Indah

2920

Oleh: Sarah Aqilla

KUALA NERUS – Sebanyak 16 acara yang telah dianjurkan sempena Fastaqim 2.0 pada Sabtu telah menyatukan semua ahli PAS darpada negeri-negeri yang pasti meninggalkan ‘memori indah’ kepada hubungan silaturrahim yang terjalin diantara mereka.

Pengendali kepada pertandingan Si Cilik dan Pakaian Seragam Nur Maziah Abdullah berkata, seramai 22 orang peserta bagi umur empat hingga enam tahun.

“temanya ialah kerjaya dan kebudayaan, terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan,

“setakat yang saya nampak alhamdulillah, sangat menggalakkan (peserta) bukan hanya daripada ahli PAS sendiri, (bahkan) daripada orang luar pun kita boleh lihat peryertaan yang sangat tinggi,” ujar beliau ketika ditemui.

Beliau menambah, ianya mungkin disebabkan kerana penyertaan adalah terbuka yang menjadikan mereka tertari intuk mengambil bahagian.

“yang kedua, (kerana) pertandingan menyeluruh untuk semua peringkat umur, kalau kita tengok acara dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke umur 50 tahun keatas, semua terbuka.

“Jadi, ianya (pertandingan itu) patut diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, ukhuwah antara semua negeri-negeri yang bertanding menggambarkan perbezaan umur tidak menjadi batasan dalam komunikasi diantara ahli-ahli PAS.

Seorarang peserta Nurul Amina bt Syukur, 19, dari negeri Pahang berkongsi pengalamannya menyertai acara ‘Treasure Hunt’ melibatkan 15 kumpulan, terdii daripada lima orang setiap satu kumpulan.

Beliau berkata, ia merupakan pengalaman kerana walaupun tidak kenal sebelum ini dengan para peserta lain, namun dapat bekerjasama dalam satu pasukan

“Semuanya hanya kebetulan…..saya dan seorang sahabat dari Pulau Pinang turut menyertai pertandingan ini apabila di ajak oleh kakak-kakak dari Terengganu ketika mereka di meja urusetia,

“Penyatuan itu terjadi dengan dua orang dari Pahang tiga lagi dari Terengganu seterusnya membentuk lima orang untuk satu kumpulan,” kata beliau yang merupakan salah  seorang pemenang tempat pertama bagi acara tersebut.

Tambahnya lagi, “memang letih,tapi gembira kerana dapat menyertai permainan ini dengan dapat menjelajah semua tempat disini dengan orang yang baru kenal.”

Selain itu, Fastaqim kali ini ternyata sangat meriah dengan sambutan orang ramai dan tidak mustahil PAS akan dapat menawan DUN Seberang Takir.